Subuh
5:39
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:14
Isyak
8:30

Rangkaian MMO bantu cegah banduan dan bekas banduan ulangi kesalahan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Rangkaian MMO bantu cegah banduan dan bekas banduan ulangi kesalahan

Nov 30, 2021 | 08:16 PM

SEBUAH rangkaian badan Melayu/ Islam (MMO) telah dilancarkan pada Selasa (30 November) sebagai sebahagian usaha mencegah banduan dan bekas banduan dari mengulangi kesalahan mereka. Rangkaian baru itu disertai 25 MMO dan 11 bandar M Kuasa Tiga (M³).

Lebih banyak usaha akan dijalankan Kementerian Ehwal dalam Negeri (MHA) untuk mendekati lebih banyak MMO untuk mengembangkan rangkaian ini yang bertujuan memberi sokongan kepada golongan itu dan keluarga mereka.

Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim (gambar ) telah menghadiri pelancaran rangkaian tersebut di Wisma Geylang Serai (WGS).

Mengulas tentang pentingnya rangkaian sedemikian, Dr Faishal berkata lebih banyak tumpuan perlu diberikan terhadap memperkukuh kerjasama dan menyepadukan usaha supaya masyarakat boleh menjadi lebih berkesan dalam mencegah banduan dan bekas banduan dari mengulangi kesalahan mereka. 

Adanya rangkaian sedemikian juga penting kerana ia membolehkan perkongsian maklumat dan data, tambahnya.

“Bersatu sebagai sebuah rangkaian ada lah penting kerana kita dapat berkongsi maklumat.

“MMO juga akan lebih tahu tentang program dan perkhidmatan dalam ma syarakat dan lebih berupaya memberikan so kongan kepada penerima bantuan seperti pesalah, bekas pesalah dan keluarga mereka.

“Ini membolehkan MMO bekerjasama untuk menyediakan sokongan lebih holistik dan diselaraskan kepada penerima bantuan,” ujar Dr Faishal.

Beliau turut memuji usaha sama masyarakat Melayu/Islam dalam menangani masalah jenayah dalam kalangan masyarakat sendiri.

Menyifatkan usaha tersebut sebagai sesuatu yang telah membuahkan hasil, Dr Faishal berkata bilangan sukarelawan Melayu yang tampil untuk membantu pesalah dan keluarga mereka telah meningkat 750 peratus, daripada 60 pada 2019 kepada lebih 450 tahun ini.

Kadar dua tahun kebentanan pesalah Melayu pula merosot daripada 34.7 peratus bagi yang dibebaskan pada 2011 kepada 28.8 peratus bagi yang dibebaskan pada 2018, katanya.

“Ini menunjukkan lebih ramai dalam kalangan masyarakat kita yang mahu memainkan peranan dan tampil ke hadapan dan mahu menolong mereka yang berisiko,” ulas beliau.

Antara MMO yang berada di dalam rangkaian ini termasuk New Life Stories, badan tidak mencari keuntungan yang bertujuan mengekang pemenjaraan antara generasi.

Pengarah Eksekutif New Life Stories, Cik Saleemah Ismail, berkata pembentukan rangkaian tersebut “sangat dialu-alukan dan tepat pada masanya”.

Tambah beliau: “Ia menyediakan platform dan ruang bagi agensi berlainan untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha.

“Ini menjadikan sokongan kepada keluarga lebih baik kerana ia tidak diduplikasi atau serupa.”

Adanya lebih banyak badan yang be kerjasama untuk menyediakan sokongan kepada penerima bantuan juga sangat berguna kerana satu-satu badan tidak dapat menyediakan segala bentuk sokongan atau bantuan.

Menjelaskan, Cik Saleemah berkata: “Sendiri, apa yang kami boleh sediakan buat keluarga itu terhad. Misalnya, kami menyediakan kaunseling tetapi kami tidak menyediakan sokongan kewangan.

“Terdapat agensi lain yang menyediakan sokongan kewangan jadi kita dapat bekerjasama (untuk memberikan sokongan lebih efektif) kepada keluarga tersebut.”

Beliau berharap rangkaian tersebut dapat bekerjasama untuk menganalisa data-data yang terkumpul dari pihak masing-masing agar perubahan sistem dan silang generasi boleh diusahakan.

“Kami bukan hanya mahu mengatasi masalah itu sekarang, dalam masa ini, tetapi kami juga mahu memahami punca masalah itu.

“Apabila kita mempunyai data daripada seluruh rangkaian, barulah kami dapat memahami penyebab-penyebab yang berkaitan dengan masalah itu,” ujar Cik Saleemah.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3