SEBUAH badan akar umbi baru yang dikenali sebagai Rangkaian Penduduk (RN) akan ditubuhkan bagi memberikan khidmat kepada penduduk di kawasan estet perumahan awam dan swasta.
Ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Persatuan Rakyat (PA) untuk mengukuhkan lagi perpaduan sosial di sebalik landskap demografi dan sosial yang berubah.