Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Rangkaian sosial elit perlu kekal terbuka demi sokong mobiliti sosial

May 17, 2018 | 05:30 AM



RANGKAIAN sosial yang dianggotai kumpulan elit adalah struktur semula jadi dan berperanan penting dalam masyarakat kita.



Namun rangkaian sosial ini perlu kekal terbuka dan membenarkan kemasukan anggota baru, ujar Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



"Orang yang berbakat atau berkeupayaan tetapi tidak datang dari latar belakang atau mempunyai keterhubungan tertentu tidak seharusnya mendapati mustahil atau sukar untuk bangkit dan memasuki kumpulan elit.



"Jika perkara ini berlaku, kekecewaan bukan hanya dirasai dari sudut mobiliti sosial, malah kumpulan elit juga akan mula hanya menjaga kepentingan diri sendiri dan gagal melaksanakan tanggungjawab memimpin dan menjaga golongan lain dalam masyarakat," kata Encik Lee.



Encik Lee bercakap demikian semasa menyentuh tentang mobiliti sosial dalam ucapannya di Parlimen semalam.



Menurut Encik Lee, kumpulan elit yang menjadi rangkaian tertutup dan tidak membenarkan kemasukan orang luar adalah satu adangan kepada mobiliti sosial.



Kumpulan seperti ini mendukung jawatan kepimpinan penting dalam masyarakat - dalam pemerintah, jurusan akademik, perniagaan dan dalam golongan karyawan - dan mereka berkongsi latar belakang serupa.



Antara lain, kumpulan seperti ini penting bagi anggotanya untuk mengenali satu sama lain, melaksanakan tugas secara tidak rasmi dan untuk merasakan tanggungjawab bersama terhadap masyarakat, kata Encik Lee.



Dalam pada itu, Encik Lee juga berkata warga Singapura yang lebih berada tidak seharusnya bersikap menunjuk-nunjuk dan memandang rendah terhadap orang yang kurang berada.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >