Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rapper S'pura, Subhas Nair, bakal didakwa kerana galak niat jahat antara kumpulan berlainan agama, kaum

Oct 28, 2021 | 10:53 PM



SEORANG pemuzik setempat akan didakwa di mahkamah pada 1 November dengan empat kesalahan cuba menggalak niat jahat antara kumpulan agama dan kaum berbeza.



Subhas Nair, 29 tahun, telah melanggar amaran berkondisi selama 24 bulan yang diberi kepadanya pada 2019 selepas dia dikatakan menerbitkan dan menghasilkan video rap penuh berbaur perkauman, kata polis dalam satu kenyataan pada Khamis malam (28 Oktober).



Polis berkata pada 25 Julai tahun lalu, Encik Nair memuatnaikkan pos di media sosial sebagai respons pada video sekumpulan warga Cina beragama Kristian yang memberi komen penuh kebencian terhadap satu sama lain dalam masyarakat.



Dia juga dikatakan turut mengulas bahawa masyarakat Melayu Islam yang membuat komen berbaur perkauman akan dilayan secara berbeza oleh pihak berkuasa berbanding warga Cina Kristian ini, tambah polis.



Encik Nair dituduh cuba menggalak niat tidak baik antara penduduk Cina dengan India dengan mendakwa dalam satu pos pada 15 Oktober tahun lalu bahawa salah seorang individu Cina yang dituduh terlibat dalam pembunuhan lelaki India di Orchard Towers pada 2 Julai 2019 menerima layanan belas ihsan daripada pihak berkuasa kerana bangsanya.



Ketika dalam siasatan polis kerana lampiran pos pada 15 Oktober, 2020, Encik Nair dikatakan cuba menggalak perasaan berniat jahat antara warga Cina dengan India sewaktu satu persembahan pentas di ruang tertutup pada 11 Mac. Dia mempamerkan lukisan kartun mengenai pos 15 Oktober 2020 itu.



Pada 14 Ogos 2019, dia telah diberi amaran berkondisi 24 bulan oleh polis selepas dia menerbitkan video rap berbaur perkauman yang telah diterbitkan di Internet pada 29 Julai 2019.



Video itu cuba menggalak niat jahat antara Cina dengan kaum lain, tambah polis.



Salah satu ketetapan amaran itu adalah jika dia mengulangi kesilapan tersebut, dia boleh dibicarakan kerana kesalahan yang telah diberikan amaran selain dibicarakan bagi kesalahan baru.



"Memandangkan dia telah melanggar kondisi amaran ini dengan melakukan kesalahan tersebut pada 25 Julai 2020, 15 Oktober 2020 dan 11 Mac 2021, dia kini didakwa bagi kesalahan 29 Julai 2019 pula," tambah polis pada Khamis.



Menurut laman Encik Nair, dia adalah artis rap/hip hop dari Singapura yang berusaha berkongsi perspektif dunia sekelilingnya bagi mendekati orang ramai menerusi muziknya dan liriknya.



Mereka yang didapati bersalah cuba mempromosikan rasa dan niat buruk antara kumpulan yang berbeza agama atau kaum berdepan dengan hukuman penjara hingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >