Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

APA KATA BEKAS PELAJAR NORMAL TEKNIKAL

Rasa seolah 'dipinggir' di bilik darjah, 'temui' bakat jadi ketua cef pastri di hotel mewah

Mar 24, 2019 | 05:30 AM



CIK Nor Shahidah Sarifi lebih suka jika beliau tidak diminta menceritakan pengalamannya sepanjang zaman persekolahan di sekolah menengah.



Ini kerana, sepanjang masa tersebut, beliau sering rasa terpinggir semata-mata kerana beliau seorang pelajar daripada aliran Normal (Teknikal).



"Pelajar lain dan juga sebilangan guru melihat pelajar Normal seperti kami secara berlainan," ujarnya.



Keadaan sedemikian, kongsi Cik Nor Shahidah, telah menjejas keyakinan dirinya, yang diburukkan lagi dengan keadaan kewangan keluarga yang tidak stabil ketika itu.



"Apabila ada persembahan di pentas, saya kagum melihat tahap keyakinan tinggi pelajar (aliran) Ekspres.



"Mereka sungguh berani beraksi atau bercakap di depan khalayak ramai.



"Kami pelajar Normal Teknikal sekadar mampu duduk sebagai penonton sahaja. Tak berani nak ke depan," katanya.



Malah isu keyakinan diri itu berlanjutan sehingga beliau melangkah ke Institut Pendidikan Teknikal (ITE).



Apabila mengikuti pengajian Nitec dalam kursus pastri dan membuat kuih di ITE Kolej Barat, beliau disarankan agar mengambil bahagian dalam pertandingan membuat pastri tetapi beliau menolaknya.



"Saya takut, macam tak tahu sama ada saya boleh buat ataupun tidak," ujarnya.



Tetapi ekoran minatnya yang mendalam dalam bidang ini, Cik Nor Shahidah kemudian mengambil Diploma Teknikal dalam Seni Kulinari.



Selepas tamat pengajian, beliau bekerja sebagai cef pastri di Sofitel Sentosa.



Malah kepakarannya mendapat tarikan pihak pengurusan sehingga beliau dinaikkan pangkat dua kali sebelum memegang jawatan Cef Demi, yang bertanggungjawab bagi pastri dan coklat.



Pada 2016 pula, barulah Cik Nor Shahidah memberanikan diri mengambil bahagian dalam Cabaran Kulinari Makanan dan Hotel Asia (FHA) buat kali pertama, dan ia ternyata berbaloi apabila beliau berjaya meraih pingat gangsa bagi kategori individu.



Cik Nor Shahidah, yang kini merupakan Cef de Partie di Hotel Pan Pacific dan menguruskan sekumpulan tukang masak pastri berkata memang langkah pemerintah meniadakan penyaluran pelajar sesuatu yang amat dialu-alukan terutama bagi pelajar sepertinya.



"Memang guru dan mentor yang baik memainkan peranan penting dalam memberi rangsangan kepada pelajar agar meraih kecemerlangan.



"Dan rangsangan ini hanya dapat saya perolehi apabila melangkah ke ITE.



"Oleh sebab itu jugalah, ia memberi inspirasi kepada saya menjadi pendidik pada peringkat ITE agar dapat memberi inspirasi kepada pelajar lain," tambahnya yang juga kini mentor kepada pelajar ITE yang sedang melakukan internship, atau kerja sambil belajar, di Hotel Pan Pacific.




"Kadangkala apabila ada persembahan di pentas, saya kagum melihat tahap keyakinan tinggi pelajar aliran lain terutamanya aliran Ekspres.

Mereka sungguh berani beraksi atau bercakap di depan khalayak ramai.

Kami pelajar Normal Teknikal, sekadar mampu duduk sebagai penonton sahaja. Tak berani nak ke depan. Lagipun, takda orang yang memberi galakan."

- Cik Nor Shahidah Sarifi, bekas pelajar Normal (Teknikal).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >