MENJELANG SYAWAL
Rasa syahdu dapat pulang beraya
Jul 05, 2016 | 05:30 AM
SUASANA syahdu dirasakan semalam di Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM) apabila kanak-kanak diberi peluang untuk pulang ke pangkuan keluarga setelah sekian lama berpisah bersama mereka.
Kanak-kanak tersebut diberikan tujuh hari bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri dan turut diberikan habuan, hamper dan wang raya yang disumbangkan masyarakat sepanjang bulan Ramadan ini.