Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rasuah bahan bakar kapal: Dua warga S'pura didakwa

Oct 20, 2021 | 05:30 AM



DUA lelaki warga Singapura, didakwa di mahkamah semalam atas penglibatan mereka dalam urusan rasuah berkait perdagangan dan bekalan bahan bakar kapal berjumlah sekurang-kurangnya $256,000.



Muhammad Azfal Mohamed Ekbar, 35 tahun, dan Mohammad Shafiq Nezammudin, 32 tahun, dikenakan tiga tuduhan bagi kesalahan di bawah Akta Pencegah Rasuah (PCA), kata Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dalam satu kenyataan semalam.



Menurut CPIB, antara Jun 2017 dengan Ogos 2018, Afzal, yang bertugas sebagai pedagang minyak kapal di KPI Bridge Oil Singapore pada ketika itu, didakwa telah menerima rasuah berjumlah sekurang-kurangnya $256,980 daripada Shafiq - yang merupakan seorang pengarah di firma Straits Bunkering - dalam beberapa kejadian sebagai hadiah kerana melantik syarikat Straits Bunkering, untuk membekalkan bahan bakar bunker itu kepada pelanggan KPI.



Afzal juga menerima rasuah dalam bentuk pinjaman oleh Shafiq berjumlah $90,000 supaya mempengaruhnya berbuat demikian, kata CPIB.



Selain itu, antara Julai 2017 dengan September 2018, Azfal pula dipercayai telah memberi wang rasuah berjumlah $217,408 dan $5,000 secara keseluruhan kepada beberapa individu lain untuk mempengaruh mereka atau sebagai hadiah, agar mereka membuat tempahan dengan KPI untuk mendapatkan bekalan bahan bakar bunker itu.



Azfal dikenakan lagi sembilan tuduhan bagi kesalahan di bawah PCA yang mana empat daripada itu adalah di bawah Seksyen 124(4) Kanun Keseksaan.



"Singapura mengamalkan pendekatan sifar toleransi terhadap urusan rasuah," tegas CPIB.



Mereka yang disabit kesalahan boleh didenda hingga $100,000 atau dipenjara hingga lima tahun atau kedua-duanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >