Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rasuah: Bekas pengarah WRS, 6 orang lain didakwa

Mar 12, 2022 | 05:30 AM



SEORANG bekas penolong pengarah Wildlife Reserve Singapore (WRS) didakwa semalam menerima rasuah lebih $150,000 antara 2014 dengan 2018.



Goh Meng Kwee, 49 tahun (atas), menghadapi 13 tuduhan, lapor The Straits Times.



Rasuah itu dikatakan diberi kepada Goh bagi mempengaruhinya agar "memberi bantuan" kepada beberapa syarikat yang ada urusan perniagaan dengan WRS, kata Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).



WRS, yang mengendali tarikan pelancong seperti Taman Haiwan Singapura, Night Safari dan Taman Burung Jurong, kini dikenali sebagai Mandai Wildlife Group.



Goh, warga Singapura, juga didakwa menerima rasuah $50,000 pada Mei 2018 dan, secara berasingan, menggunakan sekitar $44,000 duit rasuah itu untuk membeli kereta Mercedes-Benz B200 pada 2017.



Enam lagi individu - kebanyakan mereka pengarah di syarikat masing-masing - turut didakwa di mahkamah semalam. Mereka dikatakan menyogok Goh hingga $72,000 untuk mempengaruhinya agar memajukan perniagaan mereka bersama WRS, kata CPIB.



Mereka ialah pengarah Ascension Engineering Services, Ng Yeow Seng, 59 tahun; dua pengarah Magnum Precision Industries Neo Chye Koon, 52 tahun, dan Wong Chee Thiam, 52 tahun; pengarah United Channel Construction and Facility Services, Ng Thiam Huat, 56 tahun; pengarah RH Creation, Fang Yih Uei, 34 tahun; dan pengurus pembangunan perniagaan Lantro, Tay Chun Hsiong, 45 tahun.



Secara berasingan, Tay didakwa menerima rasuah $3,000 daripada Ng Thiam Huat sebagai hadiah kerana membantu memajukan urusan perniagaan Ng bersama Lantro.



Kesemua tujuh individu itu akan kembali ke mahkamah pada satu tarikh kelak. Mahkamah diberitahu bahawa Goh minta dibicara.



Mereka yang disabit kesalahan rasuah boleh dijel hingga lima tahun dan didenda hingga $100,000, sementara yang melaburkan wang secara haram boleh dijel hingga 10 tahun dan didenda hingga $500,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >