DUA bekas pekerja Royal Plaza on Scotts semalam telah dituduh melakukan kesalahan rasuah selepas mereka didakwa menerima bayaran hasil merujuk khidmat pengangkutan hotel kepada sebuah syarikat limosin.
Bekas penolong pengurus perkhidmatan tetamu, Frankie Chan Li Fah, 33 tahun, menghadapi lapan tuduhan rasuah menerima $3,869 daripada pemandu bernama Mubarak Shah Zaman Shah, yang bekerja di K A Shah Limo Services.