Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rasuah: Hukuman penjara ditambah bagi bekas pengurus besar Majlis Bandaran Ang Mo Kio, pengarah syarikat

Jul 16, 2020 | 08:48 PM



BEKAS pengurus besar Majlis Bandaran Ang Mo Kio yang awalnya dihukum penjara 27 bulan kerana rasuah kini perlu dipenjara lebih lama lagi iaitu tiga tahun tiga bulan.



Dalam sesi perbicaraan hari ini (Khamis, 16 Julai) Ketua Hakim Sundaresh Menon membenarkan permohonan pihak pendakwa terhadap Wong Chee Meng, 59 tahun, yang menerima rasuah lebih $86,000 daripada Chia Sin Lan, 64 tahun, antara 2014 dengan 2016.



Chia adalah pengarah dua syarikat, 19-ANC Enterprise dan 19-NS2 Enterprise - yang mengendalikan kerja-kerja buat majlis bandaran di Singapura.



Hukuman penjara Chia selama 21 bulan juga ditambah kepada dua tahun sembilan bulan.



Dalam membuat keputusan tersebut, Ketua Hakim juga menetapkan rangka hukuman bagi rasuah berkenaan kontrak dengan pemerintah atau pertubuhan awam.



Di bawah undang-undang ini, kesalahan berkenaan boleh dihukum secara maksimum iaitu penjara sehingga tujuh tahun dan denda sehingga $100,000.



Pada November lalu, kedua-dua pihak pendakwa dan tertuduh telah membuat permohonan berkenaan hukuman penjara asal yang dikenakan hakim daerah kepada Wong dan Chia. 



Pada Mei pula, pihak pendakwa menegaskan agar Wong diberi hukuman penjara empat tahun manakala Chia pula tiga tahun lapan bulan. Peguam Wong pula memohon agar dia dipenjara antara 11 dengan 14 bulan manakala peguam Chia memohon bagi hukuman 17 bulan di penjara.



Wong adalah pengurus besar Majlis Bandaran Ang Mo Kio antara 2013 dengan 2016. Pada September 2016, pihak majlis bandaran menerima aduan tentang cara beliau mengendalikan kontrak. Beliau kemudian diberhentikan sebulan selepas itu dan disiasat Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >