Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:30
Maghrib
7:15
Isyak
8:26

Rasuah: Keppel O&M capai resolusi bayar denda $570j

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Rasuah: Keppel O&M capai resolusi bayar denda $570j

Dec 24, 2017 | 05:30 AM

SEBUAH unit luar pesisir dan marin Keppel Corporation telah mencapai satu resolusi sejagat dengan pihak berkuasa jenayah di Amerika Syarikat, Brazil dan Singapura berkaitan bayaran rasuah yang dibuat seorang bekas agen di Brazil.

Resolusi itu melibatkan tiga bidang kuasa di serata dunia, dan belum pernah terjadi bagi sebuah syarikat Singapura.

Sebagai sebahagian daripada resolusi itu, Keppel Offshore & Marine (Keppel O&M) akan membayar denda sejumlah AS$422.2 juta ($570 juta), untuk diagihkan antara Amerika Syarikat, Brazil dan Singapura, menurut satu kenyataan konglomerat berdaftar Singapura itu dalam satu kenyataan semalam.

Bayaran rasuah itu melibatkan pembayaran oleh Encik Zwi Skornicki terhadap beberapa projek Keppel O&M di Brazil, yang dijalankan dengan pengetahuan atau kelulusan bekas para eksekutif Keppel O&M.

Daripada denda bernilai AS$422.2 juta itu, Keppel O&M akan membayar sekitar AS$105.6 juta kepada Amerika Syarikat, termasuk AS$4.7 juta berupa denda jenayah oleh Keppel O&M Amerika Syarikat.

Brazil akan menerima AS$211.1 juta atau sekitar 50 peratus daripada denda jenayah keseluruhannya, dan Singapura akan menerima AS$105.6 juta atau sekitar 25 peratus, menurut Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) dalam satu kenyataan berasingan.

Di Singapura, Keppel O&M telah menerima satu amaran bersyarat daripada Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).

Ini dikeluarkan sebagai ganti terhadap hukuman atas kesalahan rasuah yang membawa hukuman di bawah Akta Pencegahan Rasuah, dan sebagai sebahagian resolusi sejagat, kata Pejabat Peguam Negara (AGC) dan CPIB dalam satu kenyataan bersama, semalam.

AGC dan CPIB terlibat dalam perbicaraan siasatan yang mendedahkan bahawa antara 2001 dengan 2014, Kepel O&M membuat bayaran rasuah kepada para pegawai syarikat minyak kendalian Brazil, Petrobas dan pihak-pihak lain.

Ini dilakukan bagi mendapatkan kontrak dengan Petrobas dan/atau syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya.

Keppel O&M menyembunyikan bayaran rasuah ini dengan memberi komisyen kepada orang tengah, yang bertindak sebagai perjanjian konsultan yang sah, yang kemudian membuat bayaran itu bagi kepentingan para pegawai Petrobas dan pihak-pihak lain.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3