Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ratusan orang ucap selamat tinggal terakhir kepada Asmah Laili

Feb 16, 2019 | 03:35 PM



PULUHAN saudara-mara, sahabat-handai dan kenalan Asmah Laili  berhimpun di Masjid Ba’alwie, pada Sabtu (16 Februari),  untuk mengucapkan selamat tinggal terakhir kepada personaliti radio popular yang meninggal dunia pada hari sebelumnya.



Beliau berusia 79 tahun.



Solat jenazah diadakan di masjid di Lewis Road itu, sebelum jenazah dikebumikan di Pusara Aman.



Berita Harian sebelum ini melaporkan Allahyarhamha kurang sihat kerana menghidap penyakit fibrosis pulmonari iaitu parut atau kerosakan pada peparu yang menyebabkan masalah pernafasan serius.



Allahyarhamha perlu bergantung kepada tangki oksigen mudah alih selama 15 jam sehari termasuk semasa tidur, solat dan pada bila-bila masa beliau rasa sukar bernafas.



Semasa hayatnya, selain terkenal sebagai juruhebah radio sejak 1959, Allahyarhamha juga merupakan antara penyampai berita wanita perintis Mediacorp dan telah banyak melatih pembaca berita radio dan televisyen.



Allahyarhamha, yang berkhidmat di stesen radio Warna 94.2FM, juga dikenali dengan bakatnya mengendalikan rancangan memasak di televisyen, seperti Dapur Mami dan Sedap di saluran Suria, selain menerbitkan beberapa buku resipi.



Sebagai penerbit, beliau antara lain pernah menghasilkan rancangan Pentas Radio, dan pernah menerbitkan rancangan Bertutur Bahasa Inggeris di radio. Rancangan tersebut malah juga merupakan salah satu rancangan terbitan radio yang menjadi rancangan pertukaran dengan Stesen Penyiaran Brunei.



Allahyarhamha bersara pada 1997.



* Artikel ini telah dikemas kini bagi menambah ketepatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >