Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ratusan sambut Schooling pulang

Aug 15, 2016 | 07:28 AM



PERENANG kebangsaan Joseph Schooling diberi sambutan besar apabila beliau tiba di Lapangan Terbang Changi awal pagi Isnin (15 Ogos)).



Pemenang pingat emas Olimpik pertama Singapura itu mendarat di Terminal 3 pada 5.35 pagi dengan penerbangan Singapore Airlines SQ67.



Dewan ketibaan dibanjiri ratusan orang berpakaian warna merah dan putih untuk menyambut beliau, yang bukan setakat menang emas, malah mencipta rekod Olimpik baru dalam acara renang 100 meter kuak kupu-kupu di Rio 2016.



Antara mereka ialah bapa beliau, Encik Colin, 68 tahun, yang memberi anaknya yang berusia 21 tahun itu pelukan besar.



Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean juga hadir untuk menyambut Schooling.



Ada daripada hadirin tunggu di lapangan terbang sejak 10 malam Ahad.



Salah seorang hadirin, Encik Aziz Azhar, 25 tahun, berkata beliau percaya kemenangan Schooling menunjukkan Singapura boleh menghasilkan bakat sukan, walaupun mereka mesti diasuh dengan betul.



"Schooling mempunyai jurulatih baik, guru dan ibu bapa yang memberi sokong 100 peratus. Dapat pergi ke luar negara untuk berlatih juga membantu," kata beliau, yang bekerja sambilan dalam bidang logistik acara dan juga bermain bola sepak, kepada akhbar The Straits Times.



Ramai juga pelajar pergi ke lapangan terbang untuk menyambut wira sukan Singapura itu walaupun mereka harus tergesa-gesa ke sekolah selepas itu.



Schooling mencipta sejarah pada 13 Ogos apabila beliau mencatat masa 50.39 saat - rekod Olimpik yang menewaskan ramai perenang terkenal di seluruh dunia, termasuk Michael Phelps, 31 tahun - bagi acara tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >