Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ravi Menon dilantik semula terajui MAS

Dilanjut dua tahun lagi, jadikan beliau ketua paling lama berkhidmat; Goh Chok Tong lepaskan jawatan penasihat kanan MAS mulai 21 Mei
May 13, 2023 | 05:30 AM



ENCIK Ravi Menon telah dilantik semula sebagai pengarah urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) untuk tempoh dua tahun lagi.



Beliau yang berusia 59 tahun telah menerajui bank pusat itu sejak 2011 dan dikhabarkan akan meninggalkan MAS tahun ini apabila tempoh perkhidmatannya berakhir pada 31 Mei.



MAS dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata ia telah melanjutkan tempoh perkhidmatan ketua paling lamanya itu sebagai pengarah urusan sehingga 31 Mei 2025, atau sehingga bersara daripada perkhidmatan awam, yang mana dianggap lebih awal.



Dalam 12 tahun sebagai ketua MAS, Encik Menon membantu mengemudi ekonomi Singapura melalui era pasca krisis kewangan sejagat.



Beliau juga telah dipuji kerana mendorong bank-bank Singapura untuk membangunkan lebih awal teknologi kewangan.



Kenyataan MAS menambah bahawa Encik Menon juga telah dilantik semula sebagai anggota lembaga pengarah MAS dari 1 Jun hingga 31 Mei 2025.



Peguam Negara, Encik Lucien Wong dan Encik Chaly Mah, yang merupakan pengerusi firma prasarana rangkaian NetLink NBN Management, akan juga dilantik semula ke Lembaga MAS.



Tempoh tiga tahun mereka akan bermula dari 1 Jun hingga 31 Mei 2026.



Encik Mah juga akan dilantik semula bagi tempoh yang sama sebagai pengerusi jawatankuasa audit, yang menyediakan penilaian bebas terhadap kawalan dalaman dan proses pelaporan kewangan bank pusat.



Sementara itu, Menteri Kanan Emeritus Encik Goh Chok Tong akan melepaskan jawatannya sebagai penasihat kanan MAS mulai 21 Mei.



Kata MAS: "Sejak pelantikannya untuk memegang jawatan ini pada Mei 2011, beliau telah menasihati lembaga pengarah MAS dan meminjamkan kepakarannya dalam pelbagai perkara.



"Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai pengerusi lembaga pengarah MAS mulai 20 Ogos 2004."



Anggota lain lembaga pengarah MAS yang baru termasuk Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam serta Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >