Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Raya di katil hospital

Paru-paru dijangkiti bakteria, sudah jalani dua pembedahan sejak dua bulan
Jun 28, 2017 | 05:30 AM



SEPERTI kebanyakan remaja, Syaqir Ali Mohd Ali, 14 tahun, mahu meraikan Aidilfitri.



Malangnya, dia terpaksa beraya di hospital, diapit dua kotak yang menyalurkan air daripada paru-parunya yang dijangkiti bakteria lebih dua bulan lalu.



Sebelum dimasukkan ke hospital April lalu, kesihatan pelajar menengah tiga itu terjejas sejak jari ibu di tangan kirinya sakit.



Ditemui di Hospital Mount Elizabeth Novena kelmarin, ibu Syaqir, Cik Siti Huzainawati, berkata mulanya beliau sangka ibu jari anaknya itu sakit biasa tetapi merebak ke pergelangan tangan Syaqir.



Anak kedua dalam keluarga tiga beradik itu kemudian mengalami demam panas.



Cik Siti Huzainawati dan suaminya, Encik Mohd Ali Mobusar Ali, membawa Syaqir ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH).



Syaqir didapati menghidap sepsis yang disebabkan tindak balas tubuh kepada jangkitan. Sepsis boleh merosakkan organ dan membawa maut.



Sepsis adalah keadaan yang diakibatkan oleh adanya bakteria yang memudaratkan, dan bahan beracun yang dihasilkannya di dalam darah dan tisu.



Syaqir kemudian dimasukkan ke unit jagaan rapi (ICU) dan tidak sedarkan diri selama seminggu. Cik Siti Huzainawati berkata doktor memberitahu bahawa Syaqir hanya mempunyai 30 peratus peluang untuk hidup.



Syaqir kemudian dipindahkan ke Hospital Mount Elizabeth Novena bagi mendapatkan rawatan daripada pakar perubatan penyakit berjangkit.



Sumber bakteria itu berjaya dikesan dan dirawat namun paru-paru Syaqir terjejas teruk.



Cik Siti Huzainawati, yang bekerja sebagai pentadbir penjualan, menambah bahawa doktor menganggarkan Syaqir akan perlu dipantau di hospital buat satu atau dua bulan lagi.



Sejauh ini, bil hospital Syaqir sudah mencecah $250,000, tidak termasuk bayaran bagi doktor.



Mujur orang ramai telah menyumbang sekitar $241,000 melalui laman mengumpul dana Give.asia bagi membiayai kos perubatannya.



Doktor keluarga, Dr Zuraimi Mohd Dahlan, ketika diminta mengulas, berkata sepsis boleh berpunca daripada jangkitan tekak, paru-paru, kulit dan sebagainya yang dialami pesakit dan bergantung pada keadaan kesihatan mereka.



"Saya nasihatkan pesakit datang jumpa doktor awal kalau mengalami jangkitan. Ini kerana jika tidak dirawat awal, jangkitan itu boleh menyebabkan komplikasi lain.



"Dapatkan rawatan awal dan jangan berdiam diri,'' ujar Dr Zuraimi.



Laporan tambahan - ERVINA MOHD JAMIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >