DARI MAHKAMAH
Rayuan dilepas dari hukuman mati ditolak
May 21, 2016 | 05:30 AM
MAHKAMAH Rayuan lima hakim semalam sekali lagi menolak percubaan saat akhir agar pembunuh yang disabitkan kesalahan, Jabing Kho, dilepaskan daripada hukuman gantung.
Hakim-hakim itu bersidang semalaman selepas peguam dan pembangkang politik, Cik Jeannette Chong-Aruldoss, memfailkan rayuan saat akhir malam kelmarin.