Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Search Distance From Your Location = 1 KM
100 M 1 KM
No restaurant found within  from your distance.
Setempat0

Rayuan Masagos: Tolong ambil serius langkah jarak sosial demi keselamatan orang tersayang

Mar 29, 2020 | 01:25 PM

 

 

Di Ahad hening ini, dengan keadaan yang meruncing di dunia, dengan kehadiran ‘musuh” yang tidak dapat dilihat, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad membuat rayuan kepada semua: Tolong ambil serius langkah penjarakan sosial.

Beliau begitu bimbang dengan keadaan penularan yang kini semakin membimbangkan, dijangkiti antara kaum keluarga.

Encik Masagos, dalam nota rayuan yang dikirimkan kepada Berita Harian berkata: 

“Saya mula melihat laporan jangkitan Covid-19, yang mangsanya saya kenali. 

“Malah, saya tahu beberapa kakitangan, sukarelawan dan rakan-rakan yang telah diuji positif berada di acara yang saya tidak sempat hadir. 

“Saya bernasib baik kali ini tetapi berapa lama kita akan terus bernasib baik? “Saya amat kuatir jika anda atau orang tersayang dijangkiti juga. 

“Saya bimbang kerana sesetengah daripada kita atau rakan dan keluarga kita tidak mengambil nasihat COVID-19 dari MOH dengan serius.

“Inilah seruan saya kepada kita semua. Perhatikan jarak sosial dengan serius apabila kita berada dalam kumpulan atau di tempat awam.”

Encik Masagos menarik perhatian orang ramai agar memberi perhatian kepada panduan DID , iaitu:

-  Tempoh; berada kurang 30 minit di sesuatu tempat

-   Intensiti, elak berjabat tangan dan berpelukan dengan orang lain

-   Kepadatan (density), berada sekurang-kurangnya satu meter dari orang sekitar

Jelas Encik Masagos lagi:

“Kami telah dapat laporan yang mana nenek, ibu bapa dan anak-anak yang dijangkiti dalam satu keluarga.

“Jika kita mengabaikan nasihat untuk menyesuaikan norma-norma budaya Melayu/Islam, seperti berjabat-tangan, mencium tangan selepas salam dan memeluk, virus itu akan terus menyebar di masyarakat kita seperti di Malaysia, atau lebih buruk seperti di Italy.  

“Kita semua mempunyai budaya di mana hubungan sosial intensif sudah lama berakar.

“Sekaranglah masanya kita sesuaikan norma sosial kita untuk sementara. Ia akan menyelamatkan diri kita dan orang tersayang dan rakan sekerja serta organisasi kita.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya membiasakan kebersihan peribadi dengan mencuci tangan dengan kerap dengan sabun dan jangan menyentuh muka.

Encik Masagos juga mengingatkan orang ramai agar jangan tinggalkan tisu di merata tempat dan membuang tisu ke dalam tong sampah. 

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian