AIDILFITRI lalu, relawan Jawatankuasa Penduduk (RC) Zon 5 Tampines Changkat berganding bahu menghulur bantuan dan mengedarkan baju tradisional Melayu kepada penduduk memerlukan.
Menariknya, setelah menyaksikan senyuman penduduk tatkala menerima habuan, mereka memutuskan memperluas usaha amal tersebut kepada keluarga memerlukan daripada bangsa dan agama lain pula.