R&D diutama dalam bangunkan bandar

SEMALAM, Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong mengumumkan sebanyak $150 juta akan diperuntukkan bagi satu program baru di majlis pembukaan Kongres Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Kemampanan Bandar.

Dipanggil Bandar Hari Esok, program tersebut akan mengutamakan dan menumpukan usaha R&D dalam bidang keprihatinan nasional yang kritikal demi mencapai visi sebuah bandar yang amat sesuai didiami dan berpusatkan masyarakat dengan ekosistem bandar yang mampan.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan