Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Reach giat dekati golongan yang jarang beri maklum balas: Rahayu

Dec 05, 2020 | 05:30 AM



DALAM menjalankan tugas sepanjang 35 tahun lalu mengumpul maklum balas daripada orang ramai, Reach menghadapi dua golongan warga - yang suka memberi pandangan dan yang jarang melakukan demikian.



Usaha mendekati golongan kedua itu telah dipertingkat sejak beberapa tahun kebelakangan dalam pelbagai cara termasuk dengan mengurangkan sesi dialog besar-besaran.



Selain itu, pihak Reach meletakkan dirinya dalam kumpulan masyarakat tertentu.



Kini dalam pandemik Covid-19, Reach telah memanfaatkan wadah digital pula untuk lebih mendekati warga, dengan antara lain mengadakan dialog secara langsung di Facebook dan perbincangan dalam talian melalui Zoom.



"Kami mahu mendekati mereka yang secara semula jadi tidak datang kepada kami. Lama-kelamaan, orang ramai didapati lebih selesa memberi maklum balas, mengongsi keprihatinan yang biasanya mereka tidak dapat luahkan," kata Timbalan Pengerusi Reach, Cik Rahayu Mahzam.



"Dalam dialog-dialog besar kami yang lalu, kami mendapatkan mereka yang benar-benar mahu menjadi sebahagian daripada perbincangan. Tetapi kemudian kami sedar perbincangan kumpulan fokus lebih berguna kerana lebih tertumpu kepada isu tertentu.



"Kami juga pergi mendekati orang ramai. Dalam beberapa tahun kebelakangan, kami telah meletakkan diri kami dalam masyarakat untuk mendapatkan maklum balas daripada kumpulan berbeza. Kemudian kini dalam keadaan Covid-19, kami melalui evolusi secara digital," tambahnya yang juga Setiausaha Parlimen (Kesihatan).



Memberi contoh perdampingan yang lebih tertumpu, Cik Rahayu berkata Reach mendekati belia dengan membentuk 'titik mendengar' di institut pengajian tinggi bagi membolehkan golongan itu mengongsi pandangan dan fikiran mereka.



Reach turut menubuhkan 'titik mendengar' di masjid-masjid, untuk mendekati demografi di sana.



Unit itu juga mendekati penduduk di flat sewa untuk mendapatkan maklum balas dan keadaan golongan tersebut dalam pandemik ini.



"Kami mengunjungi mereka dan memahami cabaran mereka. Kami mendengar keprihatinan mereka. Ada kala isu yang dihadapi adalah bersifat peribadi dan bukan di peringkat dasar, seperti seorang wanita yang kami temui yang berkata beliau tidak memerlukan apa-apa kecuali untuk pintu rumahnya dibaiki," kata Cik Rahayu.



"Jadi melalui perdampingan sebegini, kadangkala saranan atau maklum balas tentang dasar pemerintah yang kami terima. Kadangkala ia peluang untuk penduduk meluahkan perasaan. Ia adalah cerminan yang baik tentang apa yang dirasai warga. Tidak semuanya membawa kepada perubahan dasar, tetapi ia memberitahu pemerintah tentang keprihatinan masyarakat dan bahagian yang memerlukan lebih perhatian," katanya.



Pegawai Reach di lokasi membantu mengongsi maklumat apabila ada perkara yang kurang difahami.



Mereka juga merujuk penduduk ke saluran tertentu sekiranya mereka memerlukan sokongan lanjut.



Maklumat yang dikumpul, seperti isu yang dihadapi penduduk, sentimen masyarakat dan maklum balas tentang dasar pemerintah, kemudian disalurkan kembali kepada kementerian tertentu.



"Maklumat ini berguna untuk pembentukan dan pelaksanaan dasar. Tetapi sukar untuk menyatakan yang ia adalah hasil daripada maklum balas satu orang. Orang ramai memberi maklum balas yang membantu melakar dan membentuk dasar lebih besar. Ia adalah kumpulan sentimen dari masyarakat," kata Cik Rahayu.



Beliau berkata hal ini menjadi satu salah tanggapan masyarakat, iaitu maklum balas yang mereka berikan sia-sia sahaja kerana tidak apa yang dilakukan.



Satu lagi salah tanggapan ialah ada orang yang keberatan memberi maklum balas kerana takut mereka akan digam atau black-mark.



Cik Rahayu menekankan hanya kandungan maklum balas diberikan kepada kementerian.




"Jadi melalui perdampingan sebegini, kadangkala saranan atau maklum balas tentang dasar pemerintah yang kami terima. Kadangkala ia peluang untuk penduduk meluahkan perasaan. Ia adalah cerminan yang baik tentang apa yang dirasai warga. Tidak semuanya membawa kepada perubahan dasar, tetapi ia memberitahu pemerintah tentang keprihatinan masyarakat dan bahagian yang memerlukan lebih perhatian."
- Cik Rahayu Mahzam, Timbalan Pengerusi Reach, yang juga Setiausaha Parlimen (Kesihatan).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >