Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cabaran buru impian di tengah pandemik

Realisasi impian ibu tabur bakti kepada masyarakat dengan jadi jururawat

Sep 03, 2021 | 05:30 AM



Kehidupan bagi ramai orang berubah apabila Covid-19 melanda Singapura. Namun begitu, ada yang tetap bersikap positif dan terus berusaha mengejar impian mereka di tengah-tengah pandemik. BERITA HARIAN mewawancara dua individu yang telah menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran mereka semasa tempoh yang mencabar ini. Tidak kira di dalam mahupun luar negara, dua individu ini tetap membulatkan tekad mencapai kecemerlangan.



BIASISWA JURURAWAT MASYARAKAT



SEBAGAI anak muda, Cik Nurulhuda Idris Angullia tahu bahawa ibunya bercita-cita untuk menjadi seorang jururawat.



Namun oleh kerana ibunya gagal dalam ujian kesihatan, impiannya turut musnah.



Demi memenuhi impian ibunya, Cik Nurulhuda akhirnya mengambil keputusan melanjutkan pelajaran dalam bidang kejururawatan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan memulakan kerjayanya dalam bidang kesihatan.



Meskipun memulakan perjalanan dalam bidang penjagaan kesihatan demi ibunya, Cik Nurulhuda, 34 tahun, tidak menyangka ia akan menimbulkan bibit cinta dalam dirinya untuk menjadi seorang jururawat.



Menyingkap pengalamannya semasa menjalani latihan klinikal sebagai jururawat berdaftar di Hospital Besar Changi, Cik Nurulhuda akui minatnya untuk menjaga pesakit sudah mula berputik.



"Pengalaman itu memang membuka mata saya mengenai peranan saya sebagai seorang jururawat. Ini terutamanya apabila saya menjaga pesakit sepanjang mereka di hospital.



"Apabila saya melihat pesakit saya pulih dan mereka memberi penghargaan kepada saya, saya rasa puas dapat membantu mereka melalui proses pemulihan yang mungkin mencabar," jelas beliau.



Selain di CGH, beliau juga mempunyai penglaman bertugas di agensi jagaan swasta yang menawarkan khidmat kejururawatan di rumah selain bekerja di Hospital Farrer Park sebagai jururawat kanan berdaftar.



Setelah 14 tahun menceburi bidang ini, Cik Nurulhuda telah menyahut cabaran tahun lalu untuk melanjutkan pelajarannnya di Politeknik Nanyang secara sepenuh masa.



Meskipun berpengalaman, pelajar tahun kedua itu tetap menghadapi beberapa cabaran sehingga membuatnya hampir berputus asa.



"Sudah lama saya tidak kembali ke sekolah dan agak sukar untuk saya menyesuaikan diri.



"Ramai antara rakan sekelas saya muda remaja dan berusia 16 atau 17 tahun.



"Disebabkan jurang umur kami, kadangkala agak sukar untuk berkomunikasi dengan mereka.



"Tetapi apabila saya mengingat kembali tujuan saya untuk belajar, saya mula gunakan pengalaman saya dalam industri ini untuk menunjukkan prestasi yang baik dan membantu rakan sekelas," kata Cik Nurulhuda.



Beliau berjaya mencatat kecemerlangan dalam pengajian sehingga berada dalam Senarai Pengarah dua kali semasa berada di tahun pertama.



Cik Nurulhuda merupakan antara 11 individu yang menerima Biasiswa Jururawat Masyarakat (CNS) semasa Majlis Anugerah Biasiswa Penjagaan Kesihatan 2021 baru-baru ini.



Biasiswa tersebut dianugerahkan kepada individu dengan rekod prestasi akademik yang baik, bersemangat untuk memimpin dan membawa perbezaan dalam bidang penjagaan masyarakat.



Mengulas mengenai anugerah tersebut, Cik Nurulhuda berkata beliau tidak menyangka menerima biasiswa itu pada usia 34 tahun.



"Saya bangga kerana usaha saya diberi penghargaan.



"Namun, saya rasa saya tidak mungkin dapat mencapai anugerah ini tanpa sokongan keluarga saya," kongsinya.



Beliau dijadual melanjutkan pelajarannya di Institut Teknologi Singapura (SIT) di bawah program kursus penukaran sarjana muda di sana.



Berminat untuk berkhidmat dalam sektor penjagaan masyarakat dan ingin menjalin hubungan bermakna dengan pesakit, Cik Nurulhuda berkata beliau tidak sabar untuk berkhidmat kepada masyarakat sejurus setelah tamat pengajian.




"Sudah lama saya tidak kembali ke sekolah dan agak sukar untuk saya menyesuaikan diri. Ramai antara rakan sekelas saya muda remaja dan berusia 16 atau 17 tahun. Disebabkan jurang umur kami, kadangkala agak sukar untuk berkomunikasi dengan mereka. Tetapi apabila saya mengingat kembali tujuan saya untuk belajar, saya mula gunakan pengalaman saya dalam industri ini untuk menunjukkan prestasi yang baik dan membantu rakan sekelas."
Cik Nurulhuda Idris Angullia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >