BELANJAWAN 2016 - FOKUS PEKERJA
Realistik bantu pekerja hadapi cabaran hari ini
Khamis lalu, Berita Harian (BH) menganjurkan satu perbincangan meja bundar selepas Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, menyampaikan ucapan sulungnya dalam Belanjawan Negara. Bahagian pertama dan kedua yang diterbitkan semalam dan kelmarin masing-masing meneliti langkah bagi keluarga dan perniagaan.Dalam bahagian ketiga dan terakhir ini, kami mengupas inisiatif bagi pekerja. Ikuti laporan NUR ADILAH MAHBOB (adilaham@sph.com.sg).
LANGKAH dalam Belanjawan tahun ini bersifat realistik membantu pekerja mengharungi cabaran yang dihadapi sekarang, di samping tetap memandang ke depan mempersiap pekerja untuk hari muka.
Ia merangkumi inisiatif bagi pekerja yang terjejas dalam suasana ekonomi lembap dan disusun semula, serta sokongan merebut kemahiran serta peluang baru yang diteruskan menerusi SkillsFuture.