Rebat $132 juta bagi 930,000 isi rumah HDB
SEKITAR 930,000 isi rumah warga Singapura yang tinggal di flat HDB boleh menjangkakan rebat bayaran perkhidmatan dan penyenggaraan (S&CC) daripada April 2019 hingga Mac 2020.
Kementerian Kewangan (MOF) berkata jumlah yang akan diagihkan bagi rebat tersebut menelan belanja $132 juta tahun ini.
Mereka yang tinggal di flat satu- dan dua-bilik boleh menjangkakan rebat satu bulan pada April, Julai dan Oktober tahun ini, serta rebat setengah bulan pada Januari 2020.
Mereka yang tinggal di flat tiga- dan empat-bilik akan menerima rebat satu bulan pada April, dan rebat setengah bulan pada Julai dan Oktober tahun ini serta Januari 2020, menurut The Straits Times.
Bagi pertanyaan lanjut mengenai rebat S&CC, sila hubungi 1800-866-3078 antara 8.30 pagi dengan 5 petang, Isnin hingga Jumaat, atau e-mel sccrebates@mailbox.hdb.gov.sg.