SEKITAR 800,000 keluarga yang tinggal di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menerima Baucar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam bentuk rebat U-Save bernilai $45 juta bulan ini.
Kementerian Kewangan menerangkan dalam satu kenyataan semalam bahawa baucar U-Save ialah komponen di bawah skim Baucar GST tetap yang direka bagi membantu keluarga berpendapatan rendah dan pertengahan menampung perbelanjaan rumah mereka.