Rebat cukai tambahan untuk pekerja guna kenderaan jana pendapatan, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:10
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

KENAIKAN CUKAI PETROL

Rebat cukai tambahan untuk pekerja guna kenderaan jana pendapatan

Feb 25, 2021 | 05:30 AM

SOKONGAN tambahan bagi mengurangkan kesan cukai petrol yang dinaikkan akan diberikan kepada pekerja yang bergantung pada kenderaan mereka sebagai sumber pencarian.

Pemandu teksi petrol dan teksi petrol-hibrid, pemandu kereta sewa privet (PHC) dan pemilik motosikal lebih kecil akan menerima Rebat Cukai Petrol (PDR) tambahan di samping rebat cukai jalan raya bagi kereta dan motosikal yang diumumkan dalam Belanjawan 2021.

Rebat tambahan itu akan diagihkan mulai Mei ini, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Ini sedang pemandu memberi maklum balas bahawa rebat cukai jalan raya yang diumumkan pemerintah dalam Belanjawan minggu lalu - bagi menangani kenaikan kos petrol - kurang memberi manfaat kepada mereka secara langsung. Beberapa Anggota Palimen (AP) juga menimbulkan perkara ini di Parlimen.

Mengulas tentang maklum balas tersebut, Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor, berkata:

Berita Popular

"Untuk menangani kerisauan ini, kami telah bekerjasama dengan kesatuan dan pengendali dengan mengemukakan beberapa langkah sokongan yang diberikan untuk membantu memudahkan peralihan ini bagi pemandu teksi dan PHC yang aktif serta pemilik motosikal kecil."

Pengendali teksi telah memberikan komitmen mereka sepenuhnya dengan menyampaikan rebat cukai jalan sebanyak 15 peratus kepada penyewa utama mereka yang memandu teksi petrol serta petrol-hibrid.

Ini akan dilakukan melalui rebat sewa antara pertengahan Mac dengan April tahun ini, jelas Dr Khor.

Pengendali kereta sewa privet Grab juga telah memberi komitmen serupa untuk menyampaikan rebat cukai itu kepada pemandunya.

Gojek pula berkata ia akan menyediakan rebat insentif tambahan bagi pemandunya pada Mac dan April tahun ini.

"Tambahan pada itu, pemandu teksi dan PHC aktif yang memandu kenderaan petrol atau petrol-hibrid akan menerima PDR sebanyak $360 antara Mei dengan Ogos 2021.

"Pemandu yang layak akan diberitahu oleh pengendali mereka," kata Dr Khor, menulis di Facebook.

Bagi pemilik motosikal sehingga 400cc pula, mereka akan menerima PDR dalam bentuk wang tunai melalui PayNow atau GIRO dari Mei - $80 bagi motosikal 200cc ke bawah dan $50 bagi motosikal 201cc hingga 400cc, kata LTA.

Pemilik yang memiliki lebih satu motosikal akan menerima rebat cukai bagi setiap motosikal, tetapi hanya satu bayaran PDR tambahan berdasarkan kuantum yang lebih tinggi antara motosikal yang layak, jelas LTA.

Pemilik motosikal yang layak dan mahu menerima bayaran PDR tambahan melalui GIRO mesti memastikan butiran akaun bank mereka adalah yang terkini di laman web LTA di go.gov.sg/ltaupdate selewat-lewatnya 15 Mei 2021.

Dalam pada itu, LTA berkata tiada permohonan diperlukan untuk mendapatkan PDR tambahan bagi pemandu teksi atau PHC kerana semua pemandu yang memenuhi kriteria yang ditetapkan akan dianggap layak secara automatik dan diberitahu oleh pengendali mereka.

Kriteria yang dimaksudkan ialah pemandu mesti memandu teksi atau PHC petrol atau petrol-hibrid; dan layak menerima Dana Bantuan Pemandu Covid-19 atau telah selesai melakukan purata sekurang-kurangnya 200 perjalanan dalam sebulan antara Januari dengan April 2021.

Butiran mengenai pelaksanaan rebat bagi kumpulan pemandu lain akan diumumkan April.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map