Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rebat dan diskaun tambahan jadi tarikan

Sejak Pasaran Terbuka Untuk Bekalan Elektrik (OEM) dilancarkan beberapa tahun yang lalu di sini, hampir separuh daripada 1.4 juta penghuni rumah telah bertukar kepada pembekal elektrik pilihan mereka. BERITA HARIAN (BH) berpeluang menemu ramah dua pemilik rumah yang sangat berpuas hati dengan perkhidmatan dan penjimatan yang telah diraih bersama pembekal baru mereka.
Dec 11, 2020 | 05:30 AM



SEPERTI pemilik flat yang lain, Cik Susilawati Buang juga telah mencuba dan bertukar kerana pembekal elektrik yang baru bermula pada 2017 lagi.



Bagi beliau sekeluarga, pertukaran tersebut pada awalnya, merupakan satu 'percubaan semata-mata' dan beliau ingin melihat dahulu jika langkah tersebut boleh menjimatkan dan menguntung mereka.



Pasaran Terbuka Untuk Bekalan Elektrik (OEM) telah diperkenalkan secara berperingkat di sini, untuk memberikan pemilik rumah pilihan yang luas, memilih perkhidmatan pembekal elektrik yang diingini.



Menurut Cik Susilawati, beliau telah bertukar kepada pembekal elektrik Diamond Electric (DE) kerana tertarik dengan promosi yang diberikan, selain dirinya hanya perlu terikat pada setahun kontrak.



Ibu dua anak berusia 47 tahun itu berkata bil bagi bil flat lima biliknya di Woodlands Drive tidak banyak berbeza berbanding sebelumnya.



Namun, pembekal DE kerap memberi banyak rebat, diskaun dan potongan lain bagi penggunanya dan ini dilihatnya sebagai tarikan yang menarik dan memuaskan.



Setelah potongan itu, beliau mampu berjimat sehingga 20 peratus setiap bulan.



Secara dasar, bil elektrik Cik Susilawati berjumlah kurang $150 sebulan dan mereka sekeluarga lebih gemar menggunakan kipas angin berbanding alat hawa dingin.



"Jika nak dibandingkan bil elektrik saya dahulu dan sekarang, memang tak banyak berubah. Tetapi kerana pembekal Diamond Electric kerap memberikan potongan dan diskaun, jadi bil bulanan bagi penggunaan elektrik saya semakin berkurang. Jadinya, penjimatan boleh diraih sekitar 20 peratus setiap bulan.



"Sebelum bertukar dan memilih DE, saya juga banyak membaca risalah daripada pembekal yang lain. Sejujurnya, percubaan bertukar kepada pembekal elektrik yang baru ini juga merupakan satu usaha atau 'cuba-cuba' dahulu untuk melihat jika penjimatan boleh kami dilakukan.



"Alhamdullilah, tahun ini sudah tiga tahun saya bersama DE dan rasanya, kami sekeluarga amat berpuas hati dengan servis yang diberikan," ujar Cik Susilawati dengan ramah.



Menurutnya, DE juga tidak membebankan pengguna dengan ikatan kontrak selama dua tahun, sebaliknya hanya kontrak selama 12 bulan diperlukan.



"Saya lihat banyak pembekal elektrik menawarkan baucar dan hadiah lain, namun pengguna perlu terikat selama dua tahun kontrak bersama syarikat tersebut.



"Saya merasakan ini boleh membebankan. Dan jika tiada penjimatan, justeru, pelanggan sendiri akan merasa tertekan," jelas Pembantu Akaun yang gemar memasak ini.



Bagi pengguna yang ingin bertukar pembekal elektrik yang lain, Cik Susilawati menasihatkan agar mereka melakukan banyak perbandingan harga, membaca risalah yang mudah didapati, serta menghubungi pihak pembekal terus untuk mendapatkan penjelasan yang terperinci.



"Memang banyak pembekal yang akan memberikan hadiah-hadiah menarik seperti baucar makanan dan sebagainya untuk menarik minat pelanggan agar melanggani servis mereka.



"Tetapi kita perlu bijak memilih dan usah terpedaya. Sebaiknya, buatlah kajian dan baca risalah yang tersedia. Atau lebih mudah lagi, kita boleh berbual terus dengan pihak pembekal agar mudah untuk kita mendapatkan informasi dan penjelasan yang diperlukan," tambahnya lagi.




"Memang banyak pembekal yang akan memberikan hadiah-hadiah menarik seperti baucar makanan dan sebagainya untuk menarik minat pelanggan agar melanggani servis mereka. Tetapi kita perlu bijak memilih dan usah terpedaya. Sebaiknya, buatlah kajian dan baca risalah yang tersedia. Atau lebih mudah lagi, kita boleh berbual terus dengan pihak pembekal agar mudah untuk kita mendapatkan informasi dan penjelasan yang diperlukan."
- Cik Susilawati Buang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >