Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rebat yuran 10% di peringkat possiswazah NUS bagi warga, penduduk tetap

Ia antara inisiatif universiti itu dorong budaya pembelajaran sepanjang hayat
Jul 20, 2022 | 05:30 AM



WARGA Singapura dan penduduk tetap yang mahu melanjutkan pengajian peringkat possiswazah di Universiti Nasional Singapura (NUS) akan menerima rebat yuran tuisyen 10 peratus bagi hampir 70 program ijazah sarjana yang tidak disubsidi pemerintah.



Ini antara inisiatif universiti itu untuk mendorong budaya pembelajaran sepanjang hayat di Singapura dengan mengurangkan beban kewangan mereka yang mahu melanjutkan pengajian di NUS mulai tahun akademik 2023/2024.



Mengumumkan demikian di Festival Pembelajaran Sepanjang Hayat NUS yang diadakan buat julung kali semalam, NUS berkata alumninya akan menikmati tambahan rebat yuran tuisyen lima peratus bagi program yang sama.



Bagi kakitangan NUS, satu skim baru akan dilancarkan di mana universiti itu akan menawarkan biasiswa yuran tuisyen penuh untuk kakitangan pentadbiran sepenuh masa yang mahu mendapatkan ijazah sarjana NUS.



Universiti itu juga akan menambah bilangan tempat dalam kursus Sijil Lulusan yang relevan untuk ekonomi akan datang, memandangkan pensijilan sedemikian membentuk laluan kemasukan yang semakin popular ke dalam program ijazah sarjana.



Ini termasuk Sijil Lulusan dalam pengurusan teknologi dan analisis, pengurusan inovasi teknologi, dan asas pengkomputeran.



NUS juga akan melancarkan kursus Sijil Lulusan baru bagi memenuhi permintaan pelajar yang semakin meningkat menjelang tahun akademik 2023.



Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, yang merupakan tetamu terhormat di festival semalam, dalam ucapannya berkata keenam-enam universiti autonomi (AU) Singapura mempunyai peranan untuk dimainkan dalam tiga aspek, iaitu penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran sepanjang hayat, dan akan membuat sumbangan berdasarkan kekuatan mereka.



Beliau berkata program ijazah dan possiswazah yang AU tawar kepada penuntut dewasa adalah baik dan perlu tetapi tidak cukup.



Lebih banyak modul perlu ditawarkan bagi memenuhi keperluan penuntut dewasa untuk seiring dengan transformasi industri.



AU juga perlu melangkaui kelayakan penuh konvensional seperti diploma, ijazah, dan program possiswazah.



Kursus sambilan dan program belajar-bekerja sudah diperluaskan tetapi ia perlu dilengkapi dengan pendekatan lebih modular bagi menyampaikan modul kecil dan tepat pada masanya, yang dinamakan kelayakan mikro, atau 'micro-credentials', kata Encik Chan.



Modul juga perlu boleh disusun bukan hanya dalam satu institusi, tetapi merentas institusi berbeza.



Konsep sedemikian telah dimulakan di peringkat sarjana muda kini, tetapi Encik Chan berkata ia perlu dilanjutkan.



"Bayangkan satu hari di mana penuntut dewasa kita boleh pilih modul merentas semua institusi dan menyusunnya jika mereka mahu melakukan demikian," kata Encik Chan.



Beliau menambah bahawa persaingan bukan dengan satu sama lain, tetapi dengan pasaran pembelajaran sepanjang hayat global yang lebih luas yang menawarkan pelbagai kursus dan modul.



"Pelajar sepanjang hayat kita tidak terkekang oleh hanya tawaran di Singapura. Malah, beberapa tawaran terbaik dari serata dunia menawarkan modul sedemikian bukan sahaja kepada pelajar domestik mereka, tetapi seluruh dunia. Jadi, kita perlu meningkatkan usaha kita," kata Encik Chan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >