Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Redakan pasaran perumahan agar kekal dimampui warga

Desmond: Jika harga rumah tidak dipantau dan dikawal, ia mungkin terus melambung, jejas banyak keluarga
Dec 17, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH telah menimbangkan dengan teliti pelaksanaan langkah meredakan pasaran perumahan bagi memastikan harga rumah terus dimampui warga Singapura, khususnya bagi flat jualan semula, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.



Menurut beliau, jika harga rumah tidak dipantau dan dikawal, ia mungkin terus melambung dan boleh menjejas banyak keluarga nanti.



Langkah meredakan pasaran diumumkan kelmarin sedang harga rumah privet dan jualan semula meningkat dengan mendadak meskipun dengan kesan ekonomi ekoran Covid-19.



Antara langkah berkuat kuasa semalam ialah cukai setem pembeli tambahan (ABSD) bagi warga membeli hartanah perumahan kedua dinaikkan kepada 17 peratus daripada 12 peratus manakala cukai itu dinaikkan kepada 25 peratus daripada 15 peratus bagi warga membeli rumah ketiga dan seterusnya.



Nisbah bayaran pinjaman hutang (TDSR) bagi peminjam juga akan diketatkan daripada 60 peratus kepada 55 peratus sementara pinjaman Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan diturunkan kepada 85 peratus berbanding 90 peratus daripada harga pembelian rumah.



Bercakap kepada media dalam satu taklimat semalam, Encik Lee berkata terdapat trend kenaikan yang jelas dalam harga dan jumlah urus niaga meskipun dengan situasi Covid-19 yang masih tidak menentu termasuk kemungkinan penularan varian Omicron.



"Jika tidak dipantau, harga rumah berkemungkinan terus meningkat melebihi asas ekonomi.



"Ini akan meningkatkan risiko pembetulan yang tidak stabil yang boleh menjejas banyak keluarga," ujar beliau.



Menurut Encik Lee, peminjam juga akan terdedah kepada kemungkinan kenaikan kadar faedah mulai tahun depan sedang bank-bank pusat utama menimbangkan untuk mengetatkan dasar kewangan.



"Gabungan harga terus meningkat dan kadar faedah lebih tinggi boleh menimbulkan risiko peningkatan besar bagi kos bayaran hutang untuk pembeli masa depan," terangnya.



Tambah beliau, langkah ini akan menangani permintaan dan bekalan perumahan serta membantu menyokong pasaran hartanah yang stabil pada jangka masa sederhana, di samping memastikan perumahan kekal dimampui untuk rakyat Singapura, yang majoritinya menetap di flat HDB.



"Yang penting, langkah ini mengutamakan pembelian rumah oleh mereka yang benar-benar mahu mendiami rumah, khususnya pembeli rumah kali pertama.



"Langkah-langkah ini khususnya, bagi memastikan daya kemampuan dalam pasaran flat jualan semula HDB, seperti diukur oleh nisbah harga rumah berbanding pendapatan (HPI), kekal di bawah kadar lampaunya," ujar Encik Lee.



Harga rumah privet meningkat sekitar 9 peratus sejak suku pertama tahun lalu manakala harga flat jualan semula HDB pulih dengan mendadak selepas kejatuhan selama enam tahun - meningkat kira-kira 15 peratus pada tempoh sama.



Bagi memenuhi keperluan pembeli rumah dan menangani kegelisahan mereka, Encik Lee berkata bekalan bagi pasaran perumahan privet dan awam akan ditambah.



Laporan lanjut : HDB akan tambah 35 peratus bekalan BTO dalam tempoh 2 tahun




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >