Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rejim baru beri lesen niaga makanan bakal diperkenal mulai 2023

Sekitar 23,000 perniagaan makanan akan terangkum di bawah rangka kerja Keyakinan Keselamatan bagi Perniagaan Makanan (Safe) mulai 1 Januari 2023
Oct 26, 2021 | 05:30 AM



REJIM baru untuk memberi lesen kepada perniagaan makanan akan diperkenal mulai 2023 untuk meningkatkan keyakinan tentang keselamatan makanan kepada pelanggan, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) semalam.



Selain rekod mereka, seperti tidak melanggar peraturan keselamatan makanan selama tempoh tertentu, rangka kerja bagi tempoh beberapa tahun itu akan mempertimbang sama ada perniagaan makanan boleh melantik pegawai kebersihan makanan, antara lain.



Sekurang-kurangnya 23,000 perniagaan makanan akan terangkum di bawah rangka kerja Keyakinan Keselamatan bagi Perniagaan Makanan (Safe) mulai 1 Januari 2023, tidak kira bagi perniagaan makanan runcit atau tidak, kata SFA.



Perniagaan makanan merangkumi katering, restoran, kedai roti dan kek serta penghasil makanan.



Buat masa kini, mereka diberikan gred A, B, C, atau D berdasarkan penilaian tahunan makanan dan keselamatan makanan di premis mereka.



Di bawah rangka kerja baru ini, sistem penilaian lama akan digantikan dengan anugerah gangsa, perak atau emas.



Anugerah-anugerah tersebut berdasarkan perlesenan selama tiga, lima atau 10 tahun. Anugerah yang lebih tinggi bermakna tempoh yang lebih lama.



Timbalan ketua eksekutif SFA, Dr Tan Lee Kim berkata rangka kerja baru itu mengambil kira prestasi baik yang berterusan, berbanding audit penilaian tahunan yang memberikan gambaran ringkas tentang piawai keselamatan makanan dan kebersihan perniagaan makanan itu.



"Ini gambaran yang lebih baik berkaitan usaha konsisten perniagaan tersebut dalam memastikan keyakinan keselamatan makanan dan membolehkan pelanggan untuk membuat pilihan yang lebih baik," kata Dr Tan, yang juga ketua pengarah pentadbiran makanan.



SFA mengumumkan hasrat untuk merombak rejim pelesenan makanan tahun lalu.



Kriteria untuk mendapat anugerah tersebut juga berbeza mengikut kategori perniagaan tersebut.



Perniagaan dengan amalan pengendalian makanan dengan risiko keselamatan makanan yang lebih tinggi diletakkan dalam kategori A, manakala mereka dengan amalan yang mempunyai risiko rendah diletakkan di bawah kategori B.



Contohnya, perniagaan di bawah kategori A seperti katering, restoran dan penghasil makanan perlu menjalani dua tahun tanpa melanggar sebarang peraturan serius sebelum diberikan anugerah gangsa.



Mereka juga perlu melantik pegawai kebersihan makanan.



Perniagaan baru atau yang dapat bertahan tanpa melanggar peraturan serius kurang dua tahun dan terangkum dalam kategori A akan dianugerahkan lesen setahun.



Mereka juga perlu melantik pegawai kebersihan makanan.



Perniagaan makanan akan diberikan masa yang cukup untuk menguatkuasakan syarat-syarat yang diperlukan, termasuk menjalani kursus jika perlu untuk mendapatkan anugerah yang diinginkan apabila rangka kerja itu dikuatkuasakan pada 2023.



Mereka akan diberitahu tahun depan mengenai anugerah yang diterima berdasarkan rekod keyakinan keselamatan makanan mereka, kata SFA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >