Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:31
Maghrib
7:15
Isyak
8:27

Rejim hukuman lebih ihsan bagi pesalah berpenyakit mental

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Rejim hukuman lebih ihsan bagi pesalah berpenyakit mental

Sep 11, 2017 | 08:24 PM

PEMERINTAH boleh pertimbangkan untuk meluaskan rejim hukuman berdasarkan masyarakat ke atas pesalah yang mengalami penyakit mental lebih mencabar.

Ini bagi mengambil kira keperluan yang berubah-ubah, saran Anggota Parlimen GRC Bukit Batok, Encik Murali Pillai.

Beliau membuat usulan berkaitan dengan hukuman masyarakat dan pilihan pemulihan, di akhir sidang parlimen semalam, yang berucap berdasarkan pengalamannya sebagai seorang peguam.

Encik Murali menarik perhatian tentang perlunya untuk lebih banyak sokongan berdasarkan masyarakat untuk pesalah yang didakwa di mahkamah dan mempunyai penyakit psaikaitrik lebih mencabar, justeru tidak layak menerima hukuman berdasarkan masyarakat serta pesalah khususnya, belia yang tidak didakwa kerana keadaan psaikaitrik bagi memastikan mereka tidak melakukan kesalahan lagi.

Beliau juga mengusulkan pemerintah supaya menyemak semula kesalahan-kesalahan yang buat masa ini dihukum dengan hukuman yang ditentukan, bagi mengenal pasti apa yang sesuai untuk hukuman berdasarkan masyarakat.

Menjelaskan lebih lanjut, Encik Murali berkata:

"Pihak mahkamah telah banyak kali mendapati mencabar untuk mengenakan hukuman ke atas pesalah yang memiliki masalah psaikaitrik.

"Sementara umumnya keperluan untk pemulihan adalah pertimbangan utama bagi mereka yang mempunyai masalah mental, ia perlu diimbangi dengan usaha untuk pencegahan dan hukuman."

Tambahnya, hukuman berdasarkan masyarakat menyasarkan pesalah yang dianggap mahkamah, secara tradisional, wajar menjalani pemulihan seperti mereka yang mempunyai keadaan mental yang khusus dan agak ringan.

Bagi kes-kes sedemikian, adalah sesuai untuk memanfaatkan sumber masyarakat, kata Encik Murali.

Dalam responnya, Menteri Negara Kanan (Undang-Undang), Cik Indranee Rajah, berkata yang pemerintah akan menimbangkan usulan itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3