Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rejim tingkat kebersihan sasar 2,000 premis berisiko tinggi

Mar 05, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 2,000 premis berisiko tinggi disasar dalam usaha pemerintah mempertingkat tahap kebersihan awam, sebagai sebahagian langkah mencegah jangkitan wabak pada masa depan.



Rejim itu akan dimulakan Julai ini dengan pusat prasekolah, sekolah, serta prasarana belia dan warga emas. Fasa pertama, yang turut merangkumi pusat penjaja dan kedai kopi, disasarkan selesai akhir tahun ini, kata Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor.



Menyebut tentang insiden gastroenteritis yang menjejas lebih 1,200 orang antara 2018 dengan 2019 dan tahap kepuasan rendah mengenai kebersihan awam di tempat seperti pasar dan kedai kopi, Dr Khor berkata usaha itu berada di peringkat awal dan lebih banyak usaha perlu dilakukan bagi meningkatkan pertahanan kesihatan awam.



Menyusuli kelulusan Rang Undang-Undang (Pindaan) Kesihatan Awam Sekitaran bagi memperkenal piawaian kebersihan asas, permis perlu menguatkuasakan rejim sanitasi untuk memastikan kebersihan di premis mereka.



Penyelaras kawalan sekitaran akan dilantik bagi membantu dalam membangunkan dan menguatkuasa rejim itu. Kakitangan sedemikian, yang perlu memegang jawatan penyelia di premis mereka, perlu menjalani latihan yang diiktiraf di bawah SkillsFuture Singapore dan ditawarkan mulai bulan ini, kata Dr Khor.



Lebih 2,000 penyelaras kawalan sekitaran akan dilatih mulai bulan ini, dan peserta layak akan menerima subsidi hingga 90 peratus, tambah beliau.



Mereka akan mendapat lebih banyak panduan berkaitan rejim penyahjangkitan daripada sebuah panduan teknikal baru oleh Agensi Sekitaran Nasional (NEA), sebuah unit di bawah MSE.



Panduan itu, yang akan disediakan mulai pertengahan tahun ini, akan menetapkan piawai nasional minimum bagi memperbaiki sanitasi sekitaran di kawasan berisiko tinggi.



Panduan itu memberi maklumat kepada pemilik premis tentang apa yang perlu dilakukan dan dipantau dalam melaksana pembersihan dan penyahjangkitan, termasuk yang melibatkan cecair badan manusia.



Sebelum pandemik Covid-19 sekalipun, beberapa insiden melibatkan kematian dan jangkitan penyakit menekankan pentingnya kebersihan.



Ini termasuk insiden restoran Spize pada 2018 yang menyebabkan kes keracunan, mengakibatkan seorang bapa dua anak meninggal dunia dan 46 orang dimasukkan ke hospital.



Sementara itu, kes jangkitan salmonella dan flu perut tahun lalu menjejas 20 kanak-kanak.



Panduan yang dihasilkan itu akan dibentuk khas dalam membangun piawaian bagi sektor tertentu, seperti kemudahan warga tua, kata Cik Khor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >