Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Reka bentuk produk, proses harus mampan untuk atasi kekangan S'pura: Grace Fu

Mar 15, 2022 | 07:46 PM



KEKANGAN dan halangan akan berleluasa apabila Singapura yang kekurangan sumber berusaha mengurangkan jejak karbonnya, tetapi pendekatan "peringkat sistem" boleh membantu mengatasinya, kata Menteri Kelestarian dan Alam Sekitar, Cik Grace Fu.



Menetapkan Lim Chu Kang sebagai zon makanan berteknologi tinggi, misalnya, membolehkan pengeluaran makanan yang direka bentuk dengan cara yang mampan dan cekap sumber, katanya.



Prinsip ekonomi pekeliling (circular economy) juga boleh digunakan oleh industri yang berbeza di sekitaran yang sama.



"Sebagai contoh, stok sup boleh dibuat daripada bahagian ikan yang dibuang, sementara sisa organik dari ladang ayam boleh dijadikan baja untuk ladang sayuran," kata Cik Fu.



Produk yang direka bentuk secara mampan akan mengurangkan sisa dalam pengeluaran, menggalakkan tingkah laku pengguna yang betul dan membolehkan kitar semula akhir hayat, tambah beliau.



Satu lagi cara untuk meningkatkan kemampanan adalah dengan mereka bentuk proses yang menggunakan semula bahan yang sudah tersedia.



Cik Fu mengambil contoh Tuas Nexus, kemudahan rawatan sisa bersepadu yang merangkumi loji penambakan air, loji pengasingan dan pemulihan bahan, kemudahan anaerobik yang menukar campuran sisa makanan dan enap cemar air kepada biogas.



Bukan sahaja biogas digunakan untuk menjana kemudahan air sisa, malah proses mencampurkan sisa makanan menggandakan hasil sumber tenaga boleh diperbaharui ini sebanyak tiga kali. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >