Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rekaan Mickey Mouse bertema tempatan bantu kumpul dana bagi Cabaran Presiden

Aug 02, 2018 | 05:30 AM



SEBANYAK 90 patung watak kartun Mickey Mouse yang direka dengan tema tempatan oleh beberapa selebriti serta karyawan daripada pelbagai industri, sedang dipamerkan di pusat membeli-belah dari semalam hingga 29 Ogos ini.



Ia merupakan sebahagian daripada Pameran Raffles City: Arts In the City Series X Disney's 'Mickey Go Local' anjuran CapitaLand dan The Walt Disney Company.



Acara ini juga diadakan sempena ulang tahun Mickey Mouse yang ke 90 sambil memberi penghormatan kepada warisan dan budaya Singapura.



Dalam sebuah acara kelmarin, Presiden Halimah Yacob telah melancarkan patung Mickey Mouse, yang memakai logo Cabaran Presiden.



Sempena acara itu, Yayasan Harapan CapitaLand (CHF) akan menyumbang $300,000 kepada Cabaran Presiden 2018, termasuk $10,000 bagi hasil ciptaan Presiden Halimah, dan $2,000 bagi setiap 89 rekaan yang lain.



Orang ramai juga boleh menyertai acara dan sekali gus menyumbang kepada amal.



Mereka boleh mengambil gambar bersama patung-patung berkenaan dan memuat naikkannya ke wadah Instagram dengan tanda pagar (hashtag) #RCSArtsintheCityPC, #Mickey90, #MickeyGoLocal, #CapitaLand dan #CHFPC.



Bagi setiap tanda pagar, CHF akan menyumbang $10 kepada Cabaran Presiden 2018.



"Melalui Cabaran Presiden, kami sedang membangunkan masyarakat yang lebih peduli dan inklusif, dan CapitaLand telah menjadi penyokong yang komited bagi tujuan ini," kata Presiden Halimah.



CapitaLand, melalui CHF, juga telah menubuhkan Dana Memperkasa Warga Emas CapitaLand (bernilai $2 juta).



Ia bertujuan meningkatkan kualiti hidup bagi warga tua, melalui penjagaan kesihatan, integrasi sosial yang lebih mendalam serta keadaan hidup yang lebih baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >