Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rekod lukisan batik terpanjang dihasilkan

Sep 19, 2018 | 05:30 AM



SATU rekod Singapura baru bagi lukisan batik terpanjang hasil kerja satu kumpulan merangkumi lebih 1,000 penduduk telah dicatatkan Sabtu lalu.



Acara yang diadakan di Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa) itu disertai antara lain para pelajar, guru dan alumni Nafa serta orang ramai yang lalu-lalang.



Lukisan sepanjang 300 meter itu berjaya dihasilkan dalam masa sembilan jam sahaja menerusi konsep 'Batik Masyarakat'.



Konsep tersebut memberi peluang kepada ramai peserta untuk menyumbang tenaga pada satu-satu masa.



Malah, pemilik konsep berkenaan, Encik Kamal Dollah, 50 tahun, turut berkerjasama dengan Nafa bagi acara itu.



"Selain dari ingin memecahkan rekod Singapura, acara ini sebenarnya diadakan sempena ulang tahun Nafa yang ke-80.



"Saya dijemput bagi membantu dalam persediaan lukisan batik.



"Di samping itu, saya melibatkan diri dalam acara ini memandangkan Nafa mempunyai sejarah yang lama.



"Ramai pelukis perintis turut bersekolah di sana," kongsi Encik Kamal.



Beliau pernah menuntut di Nafa bagi pengajian Diploma (1991-1993) dan Sarjana (2006-2007).



Mempunyai syarikat sendiri, Kamal Arts Limited, Encik Kamal merasakan penting untuk terus memperkenalkan seni batik di negara ini.



"Bagi saya, seni batik ini mengajar dan melambangkan budaya Asia, tidak kira bangsa Melayu, Cina atau India.



"Seni ini ibarat ekspresi dan jati diri kita," ujar beliau.



Encik Kamal turut berkongsi bahawa konsep 'Batik Masyarakat' itu diadakan bagi memupuk kembali sifat gotong-royong.



"Kadangkala agak susah untuk melihat masyarakat saling bantu-membantu antara satu sama lain.



"Namun, semangat gotong-royong itu amat penting. Konsep ini bertujuan memberi kita peluang untuk melakukan sesuatu secara bersama," ujar beliau.



Pendapat itu turut dikongsi Ketua Perhubungan Alumni Nafa, Cik Oscar Ng.



"Kami ingin menganjurkan sesuatu yang istimewa dan boleh dilakukan bersama sempena ulang tahun Nafa yang ke-80 ini," ujarnya.



Beliau turut berkongsi bahawa kain batik daripada acara itu akan dijadikan beg tote.



Ia akan dijual bagi mengumpul dana bagi satu acara bagi membantu kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah.



Kanak-kanak itu akan diberi peluang merasakan suasana sekolah seni dan melakukan beberapa kegiatan di sana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >