SURUHANJAYA Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyifatkan perjanjian membina Sistem Transit Laju (RTS) Link Johor Bahru-Singapura sebagai projek penting yang akan memberi manfaat kepada kededua negara.
Dalam satu kenyataan bersama, SPAD dan LTA berkata perjanjian itu adalah hasil perbincangan yang luas dan merangkumi perkara utama termasuk teknikal, keperluan keselamatan, komersial, pembiayaan, rangka kerja pemerolehan dan pengawalseliaan, di samping soal kastam, urusan imigresen dan kuarantin.