Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Relawan Bangladesh tak dilupai walau tak dapat ke masjid

Apr 21, 2021 | 05:30 AM



SEBELUM pandemik Covid-19 melanda, kegiatan Masjid Al-Amin sering disokong tenaga relawan terdiri daripada pekerja migran Bangladesh yang menginap di asrama dekat masjid itu.



Antara lain, mereka membantu menghidangkan dulang berisi sajian buka puasa kepada jemaah sepanjang Ramadan.



Namun, kehadiran mereka dirindui tahun ini kerana masjid tidak mengadakan iftar bagi mengurangkan risiko penyebaran Covid-19.



Pekerja migran juga belum dibenarkan keluar ke masyarakat.



Tahun lalu pula, masjid ditutup sepanjang Ramadan yang jatuh dalam tempoh pemutus rantaian jangkitan Covid-19.



Sebagai tanda penghargaan, Masjid Al-Amin tahun ini memberi hidangan buka puasa kepada pekerja Bangladesh yang sering menyumbang masa dan tenaga di sana.



Pengerusi masjid di Telok Blangah Way itu, Encik Muhd Khairul Jameel Yahya, berkata sekitar 60 paket makanan diberi kepada mereka, yang menginap di dormitori di kawasan Keppel setiap hari sepanjang Ramadan.



"Tahun lalu kami tidak dapat me-lakukan demikian kerana masjid ditutup dan kami tidak dapat mengadakan apa-apa program.



"Jadi kali ini kami usahakan pembahagian makanan paket ini bagi mengucapkan terima kasih kepada mereka.



"Kami merindui dan menghargai kehadiran mereka di sini. Selain membantu menyediakan sajian iftar, mereka menolong kami di luar Ramadan, contohnya semasa program nasi beriani amal.



"Kalau kami minta pertolongan mereka, mereka tidak akan kata tidak boleh. Mereka pasti akan datang dan tolong," kata Encik Khairul.



Sebelum ini, pekerja Bangladesh membentuk sekitar 30 peratus jemaah solat tarawih di masjid itu. Kali ini mereka tidak dapat turut serta, sebaliknya melakukan solat berjemaah di dormitori masing-masing.



Masjid juga tidak dapat menerima bilangan jemaah tarawih seperti dahulu, yang mencecah 300 orang.



Kali ini hanya 150 jemaah dibenarkan menunaikan solat tarawih, termasuk 50 jemaah wanita.



Jumlah itu dibahagikan ke tiga zon tempat, dengan 50 jemaah di setiap zon.



Jemaah perlu membuat tempahan bagi mendapatkan slot tarawih, dan perlu menunjukkan bukti tempahan sebelum memasuki ruang solat.



Mereka juga perlu mendaftar masuk menggunakan SafeEntry atau TraceTogether dan memeriksa suhu badan.



Memandangkan Masjid Al-Amin menyediakan tiga zon tempat solat, ia mempunyai tiga pintu masuk dengan setiap satu dikendalikan relawan.



Encik Khairul berkata masjid itu mempunyai 10 relawan bagi menyokongnya Ramadan ini. Mereka antara lain mengarahkan jemaah ke ruang solat betul dan memastikan mereka mematuhi pengurusan selamat Covid-19, seperti memakai pelitup sepanjang masa dan menjaga jarak selamat satu meter.



Relawan juga mengagih kurma dan minuman dalam botol kepada jemaah solat maghrib di masjid itu.



Mereka turut melakukan kerja penyahjangkitan setelah selesai solat maghrib dan solat tarawih.



Relawan turut terlibat dalam pengagihan bubur selepas solat asar dan beberapa kegiatan dalam Ramadan, seperti projek nasi ambeng amal, iaitu orang ramai boleh membeli kupon berharga $55 untuk sedulang nasi ambeng yang akan disedekahkan kepada golongan memerlukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >