Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RELAWAN MASJID KONGSI KENANGAN

Relawan banyak curah tenaga, harap dapat 'khidmat' semula selepas kerja peningkatan selesai

Apr 21, 2023 | 05:30 AM



SETELAH hampir dua dekad berbakti di Masjid Darul Makmur, ia bak rumah kedua bagi dua orang relawan.



Kededua Encik Sulaiman Adjis dan Cik Sarimah Tajudin berasa menyumbangkan masa dan tenaga kepada masjid yang terletak di Yishun Avenue 2 itu memberi kepuasan diri.



Bagi Encik Sulaiman, seorang pesara, Masjid Darul Makmur telah memperkenalkannya kepada beberapa pengalaman baru.



Ini termasuk memberinya peluang untuk menguruskan pembayaran zakat dan berlatih bagaimana cara menyembelih haiwan ternakan untuk korban.



Bapa tiga anak perempuan yang berusia 68 tahun itu juga telah menguruskan kelas kuliah dhuha sejak 2008 pada setiap pagi Ahad.



"Sejak menguruskan kuliah dhuha, saya telah menjadi rapat dengan mereka yang menghadiri kelas itu. Kesemua mereka adalah warga emas dan semua sudah bersara.



"Sebahagian daripada mereka biasanya keseorangan di rumah, jadi kami sering berjumpa untuk makan sarapan bersama dan bersembang di Taman Yishun di belakang masjid," katanya.



Encik Sulaiman menambah beliau akan berpindah ke kejiranan Tengah pada akhir tahun ini.



Selain menguruskan kelas tersebut, Encik Sulaiman juga merupakan salah seorang pendamping masjid itu. Sebagai seorang pendamping, beliau melawat jemaah di rumah mereka dan memberikan mereka peluang untuk meluahkan masalah.



Mengulas tentang projek peningkatan masjid, beliau berkata:



"Saya rasa amat sedih kerana saya tidak akan berjumpa dengan kawan-kawan sekerap dahulu."



Begitu juga dengan Cik Sarimah, seorang suri rumah berusia 60 tahun dan ibu kepada tiga anak.



Beliau menganggotai Kumpulan Muslimah di masjid dan biasanya melakukan kerja sukarela bersama anak bongsunya.



"Saya biasanya membantu dari segi makanan dan minuman (F&B). Kalau terdapat acara seperti ceramah, saya akan menguruskan dan mengaturkan juadah di dulang dan meja.



"Anak saya pula menganggotai kumpulan belia dan sering naik turun masjid untuk menyertai kegiatan," kongsinya.



Menambah, Cik Sarimah berkata beliau menggalak anaknya itu menyertai kegiatan masjid kerana anaknya itu seorang yang pendiam dan pemalu.



Dalam pada itu, apabila ditanya pendapatnya tentang projek peningkatan masjid seperti menyediakan lif, beliau berkata ia sangat penting demi keselesaan jemaah yang kebanyakannya sudah berumur dan kaki mereka tidak lagi kuat.



"Saya tahu ramai orang akan menantikan lif baru di masjid ini apabila ia dibuka semula.



"Namun, saya tetap sedih masjid ditutup sementara waktu ini kerana ia adalah tempat yang saya sudah lama berulang alik, bertugas dan menyumbang tenaga.



"Insya-Allah kalau panjang umur dan sihat apabila masjid dibuka, saya akan kembali berkhidmat sebagai relawan," ujarnya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >