Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BANTU MANGSA BANJIR DI MALAYSIA

Relawan berpusu-pusu luang masa hulur bantuan

Ramai warga Singapura telah menyingsing lengan untuk menghulur bantuan kepada mangsa banjir di Malaysia. Walaupun dari jauh, mereka mengumpul barangan keperluan seperti pakaian dan makanan dan mengumpul wang derma untuk disalurkan kepada negara jiran itu. BERITA HARIAN mewawancara beberapa individu serta pertubuhan yang telah menyumbang kepada usaha tersebut.
Dec 29, 2021 | 05:30 AM



SEDANG ramai menikmati hari cuti Krismas Sabtu lalu, segelintir masyarakat meluangkan masa mereka untuk menyumbang kepada usaha membantu mangsa banjir di Malaysia.



Selain memberikan sumbangan wang atau barang keperluan seperti baju dan makanan, mereka juga menyumbang tenaga untuk mengemas serta mengangkat barang-barang itu ke tempat yang telah disediakan.



Antara mereka ialah Ustaz Yazid Mohamad Salleh, 39 tahun, yang menjadikan pusat pendidikan beliau, Aspire Institute di serata Singapura sebagai pusat pengumpulan barang-barang sejak Khamis, 23 Disember lalu.



Melihat kejayaan usaha itu, Ustaz Yazid sangat terharu dengan sokongan positif masyarakat untuk membantu meskipun harus meluangkan masa yang lama untuk menyusun barang-barang yang dikumpul.



Beliau berkata lebih 300 relawan telah ke depan untuk membantu dalam usaha itu.



Ustaz Yazid juga tidak menyangka ada di antara mereka "bekerja hingga dua pagi di gudang sementara untuk mempercepatkan proses penyusunan barang-barang".



Ustaz Yazid menambah:



"Ramai sangat relawan datang untuk membantu dalam usaha ini. Mereka mengemas, menyusun dan melabelkan barang-barang yang telah dikumpulkan.



"Ia agak mustahil untuk menjayakan usaha ini tanpa relawan-relawan yang berpusu-pusu hadir," kata pengasas pusat itu.



Ustaz Yazid menganggarkan 900 kotak barangan yang dapat memenuhi dua lori bersaiz 40 kaki telah pun berangkat semalam untuk dihantar ke Malaysia.



Barang-barang itu akan diagihkan melalui sokongan rakan kerjasama di lapangan, Kitchen In Calais Malaysia (KIC Malaysia).



Seorang lagi relawan dalam usaha itu, Encik Imran Mean, 20 tahun, pula amat teruja dengan respons cepat masyarakat untuk membantu warga Malaysia yang terjejas oleh banjir itu.



Beliau yang memulakan kumpulan relawan IM Network Volunteers Network SG itu berjaya mengumpul lebih 30 relawan belia bagi membantu dalam usaha murni itu.



"Saya agak terkejut dengan respons cepat oleh masyarakat kita untuk membantu. Lebih kurang daripada 24 jam, saya dapat mengumpul 35 relawan untuk menyumbang tenaga kepada usaha ini.



"Bagi saya, saya tidak sabar untuk membantu lebih banyak lagi dan bekerjasama dengan ramai rakan kongsi dalam usaha-usaha sebegini. Ini juga dapat bantu memberikan platform bagi belia-belia kita untuk membina kemahiran kepimpinan mereka," katanya



Hampir 70,000 orang kehilangan tempat tinggal dan sekurang-kurangnya 40 orang meninggal dunia dengan ramai yang masih hilang dalam banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia sejak 17 Disember lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >