Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Relawan dapat kurangkan 20kg berat badan hasil jalan pantas

Usaha galak penduduk berjalan pantas diiktiraf oleh CDC North West
Mar 24, 2023 | 05:30 AM



SEBELUM senaman berjalan pantas menjadi hobi popular semasa pandemik, Cik Kamisha Sumad telah bermula dan meminati kegiatan itu sejak 2010.



Bermula dengan hasrat ingin kekal cergas dan sihat, berjalan pantas mula menjadi senaman kegemarannya dan kemudian menjadi sebahagian daripada gaya hidupnya.



Apakan tidak, beliau yang sudah menjangkau usia 60-an tahun, meluangkan masa setiap minggu bersama rakan senamannya atau 'kaki' Kelab Berjalan Pantas North West (BWC) antara setengah jam dengan sejam.



Ibu dua anak itu akur pada mulanya beliau bukan seorang yang aktif. Cik Kamisha menghidapi penyakit kolesterol tinggi, diabetes dan tekanan darah rendah.



"Semakin berusia ini saya sedar bahawa kita harus menjaga kesihatan. Mula-mulanya jalan bersendirian. Kebetulan terlihat kumpulan besar berjalan pada pagi Sabtu, jadi saya hanya ikut di belakang. Lama-kelamaan, kami lebih mesra, menjadi kawan dan saya menyertai BWC," cerita Cik Kamisha yang sebelum ini bekerja sebagai pelatih sebelum bersara.



Penglibatan Cik Kamisha yang aktif dalam kelab itu telah membolehkannya menggalas tanggungjawab sebagai ketua relawan kehidupan sihat dalam kelab tersebut di mana beliau mendorong dan menggalak ahli kelab itu, termasuk penduduk lain agar turut serta dalam kegiatan mingguan mereka dan teruskan bersenam dan kekal cergas.



Sikap proaktif dan semangatnya amat menyerlah dan ini telah membolehkan beliau muncul antara 22 individu yang telah menerima Anugerah Sukarelawan North West WeCare pada 18 Mac di Anugerah Relawan North West 2023 yang diadakan di Pusat Budaya Republic (TRCC), Politeknik Republic.



Sebanyak 131 anugerah telah disampaikan pada acara itu termasuk tiga lagi anugerah yang mengiktirafkan rakan kongsi, rakan kongsi sekolah cemerlang dan juga pelajar cemerlang di North West.



Ramai daripada mereka telah meluangkan masa dan berkhidmat untuk menyokong masyarakat, bekerja rapat dengan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North West untuk menghulurkan bantuan kepada penduduk yang memerlukan, mendorong masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dan memperjuangkan kehijauan.



Apabila bertanya apa antara manfaat yang diraih semasa mula berjalan, Cik Kamisha berkata beliau berjaya mengurangkan berat badan lebih 20 kilogram sejak menyertai BWC pada 2010.



Sebelum mengamalkan gaya hidup sihat, Cik Kamisha akur bahawa beliau lebih berisi dan berat badannya sekitar 80 kilogram.



"Selain keseronokan berjalan dan bersosial dengan orang lain, saya juga dapat membina hubungan yang lebih rapat dengan kawan-kawan. Tidak kira bangsa, kami tetap menjalin hubungan yang lebih akrab dan saya menghargai persahabatan sedemikian.



"Dalam pada itu, saya juga seronok dalam meneroka Singapura bersama rakan-rakan baru dan juga adik beradik yang turut menyertai bersenam bersama," cerita Cik Kamisha yang baru-baru ini telah berjalan bersama enam beradiknya dari Lapangan Terbang Changi ke Masjid Sultan, sejauh sekitar 20 kilometer. Selain daripada kecergasan, Cik Kamisha juga akur dengan usianya yang semakin senja, memiliki rakan-rakan untuk bersenam bersama mengelak dirinya daripada dilanda rasa keseorangan.



Justeru, secara tidak langsung ia juga membantu dari segi kesihatan mental kerana beliau mempunyai rakan-rakan selain keluarga bagi mencurahkan perasaan.



"Saya amat menggalak orang ramai, tidak kira usia untuk mula mengamalkan gaya hidup yang sihat. Berjalan secara santai sekurang-kurangnya satu kilometer pun sudah memadai, tidak perlu berjalan pantas. Luangkanlah sedikit masa untuk kekal cergas kerana pada akhirnya ia untuk kebaikan diri sendiri," nasihat Cik Kamisha.




"Selain keseronokan berjalan dan bersosial dengan orang lain, saya juga dapat membina hubungan yang lebih rapat dengan kawan-kawan. Tidak kira bangsa, kami tetap menjalin hubungan yang lebih akrab dan saya menghargai persahabatan sedemikian."
- Cik Kamisha Sumad, relawan Kelab Berjalan Pantas North West.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >