Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Relawan diperlukan bagi dekati keluarga tinggal di flat sewa: Maliki

Sampaikan pada penyewa flat maklumat sokongan menyeluruh pemerintah, termasuk kerja dan jagaan lepas waktu sekolah
Sep 13, 2021 | 05:30 AM



LEBIH ramai relawan diperlukan untuk mendekati keluarga tinggal di flat sewa bagi meyakinkan mereka mengenai pentingnya memiliki rumah sendiri.



Mereka diperlukan bagi membantu menyampaikan maklumat tentang sokongan pemerintah bagi golongan itu, yang ditawarkan secara menyeluruh, termasuk pekerjaan dan penjagaan lepas waktu sekolah.



Ini dinyatakan Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar, Dr Maliki Osman, di dialog pasca-Rapat Hari Kebangsaan (NDR) bersama masyarakat Melayu/Islam semalam. Dua lagi panelis dialog anjuran bersama M Kuasa Tiga (M³)@Bedok dan M³@Geylang Serai itu ialah Mayor CDC South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, dan penasihat akar umbi GRC Aljunied, Encik Shamsul Kamar.



Antara soalan yang diajukan di dialog yang disertai sekitar 40 penduduk dan pemimpin akar umbi itu ialah tentang rancangan pemerintah membantu keluarga Melayu/Islam yang menetap di flat sewa.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong menarik perhatian tentang kadar semakin meningkat orang Melayu/Islam yang tinggal di flat sewa dalam ucapan bahasa Melayu beliau semasa NDR.



Beliau berkata beberapa usaha di peringkat masyarakat, misalnya DIAN@M³, bakal membantu lebih banyak keluarga Melayu/Islam memanfaatkan program sokongan pemerintah dan menjadi pemilik rumah.



Inisiatif DIAN@M³ bertujuan menyediakan sokongan menyeluruh, termasuk pendidikan, pekerjaan, kesihatan dan sokongan sosial, kepada keluarga yang tinggal di flat sewa.



"Dalam DIAN@M³, apa yang kami akan lakukan ialah kami akan menggembleng tenaga dalam M³, mendekati mereka dan memahami apakah cabaran mereka," kata Dr Maliki.



Dalam memahami cabaran yang dihadapi keluarga itu, relawan juga perlu menekankan pentingnya mempunyai pekerjaan stabil beserta sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF), manfaat memiliki rumah sendiri serta kesannya ke atas diri dan anak-anak, serta sokongan penjagaan anak selepas waktu sekolah yang ada agar ibu bapa dapat keluar bekerja tanpa risau memikirkan tentang anak di rumah.



"Yang kita perlukan ialah tenaga kerja, relawan, untuk membantu mereka dengan semua maklumat itu. Kita mahu mereka membayangkan bahawa memiliki rumah adalah sesuatu yang boleh dicapai," ujar beliau.



Seorang peserta dialog semalam bertanya tentang perlindungan bagi pekerja penghantaran yang mencari rezeki menggunakan wadah dalam talian seperti Grab dan Deliveroo.



Dr Maliki berkata pemerintah sedang meneroka kemungkinan mengadakan perlindungan bagi pekerja sedemikian tetapi belum menetapkannya kerana terdapat implikasi.



Pekerja seperti itu dianggap bekerja sendiri dan hubungan mereka dengan wadah dalam talian bukan hubungan pekerja dan majikan.



"Kita perlu lihat bagaimana kita dapat merangkanya semula untuk memastikan ada keselarasannya. Tetapi ada banyak implikasi, kerana apabila wadah itu dianggap sebagai majikan, mereka akan perlu membayar CPF 17 peratus kepada pekerja.



"Ini adalah kos tambahan. Kos tambahan ini akan akhirnya ditanggung pengguna. Jadi kita perlu mencari keseimbangan, supaya harganya tidak naik terlalu tinggi bagi pengguna.



"Kami belum ada jawapan buat masa ini dan masih meneroka. Kami mahu mendapatkan maklum balas daripada wadah-wadah ini, apakah mereka mahu menerimanya, tindakan yang mereka mungkin ambil, apakah mereka akan menaikkan kos, dan apakah kesannya ke atas pengguna dan pekerja," kata Dr Maliki.




"... apabila wadah (seperti Grab dan Deliveroo) dianggap sebagai majikan, mereka akan perlu membayar CPF 17 peratus kepada pekerja. Ini adalah kos tambahan. Kos tambahan ini akan akhirnya ditanggung pengguna. Jadi kita perlu mencari keseimbangan, supaya harganya tidak naik terlalu tinggi bagi pengguna."
- Dr Maliki Osman, menjawab pertanyaan seorang peserta tentang perlindungan bagi pekerja penghantaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >