Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HARI PERSEDIAAN KECEMASAAN (EP) SIGLAP

Relawan harap lebih ramai dilatih dengan kemahiran CPR

Oct 09, 2018 | 05:30 AM



TATKALA menerima mesej di telefon bimbit mengenai kes pesakit yang denyutan jantungnya terhenti yang berlaku di sebelah bloknya, Encik Martin Tay terus bergegas untuk menghulurkan bantuan.



Setibanya di tempat kejadian, beliau melihat seorang wanita berusia 85 tahun terbaring dan tidak sedar diri di luar lif dan seorang individu sedang melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) ke atas wanita itu.



Encik Tay, 69 tahun, kemudian mengambil alih tempat individu berkenaan dengan melakukan CPR manakala seorang lelaki muda lain membawa alat defibrilator luaran automatik (AED).



Ambulans tiba tidak lama setelah itu untuk membantu wanita tersebut dan Encik Tay melihat degupan jantung wanita itu kembali berfungsi.



Malangnya, wanita itu meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.



Kejadian itu membuat Encik Tay sedar akan pentingnya memberikan bantuan kecemasan tepat pada masanya.



"Kadar hidup berkurangan secara drastik dengan setiap minit yang berlalu. Saya berharap lebih ramai penduduk tampil untuk dilatih dengan kemahiran CPR AED dan paling penting sekali, kesanggupan mereka memberi respons dalam detik kecemasan," katanya.



Encik Tay antara 50 relawan yang menyertai Hari Persediaan Kecemasaan (EP) Siglap di Changi Village pada Ahad lalu.



Pelbagai kegiatan diadakan dalam acara itu, termasuk latihan yang menyerupai serangan bersenjata di kawasan terbuka antara Blok 1 dengan Blok 2 di Changi Village, dalam usaha mendidik dan mempersiapkan penduduk dengan kemahiran yang diperlukan sekiranya berlaku kecemasan.



Seramai 50 penduduk dan relawan mengongsi kemahiran penting dalam acara itu seperti 'Lari, Sembunyi, Beritahu' dan pertolongan cemas improvisasi (Improvised First Aid) bersama jiran mereka bagi mendidik mereka tentang prosedur betul yang perlu diikuti apabila serangan berlaku.



Penduduk dapat meraih maklumat tentang kemahiran SGSecure itu menerusi latihan amali dan dalam satu pameran semasa Hari EP itu.



Turut menyertai Hari EP itu ialah Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East.



Sejak September 2017, seramai 428 penduduk Siglap telah menerima latihan kemahiran pertolongan cemas improvisasi dan melawan serta mencegah kebakaran.



Lagi 401 penduduk pula dilatih dan disahkan sebagai penyelamat nyawa setelah menerima latihan CPR+AED.



Pengerusi penganjur Hari EP Siglap, Encik Shaun Lee, berkata setiap orang mempunyai peranan dalam melindungi Singapura sekiranya serangan pengganasan berlaku.



"Oleh itu, penduduk kami memahami kepentingannya dan komited untuk menyokong gerakan SGSecure dan belajar tentang prosedur SGSecure," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >