Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Relawan korban masa bantu penduduk Bukit Panjang semasa pandemik

May 01, 2023 | 05:30 AM



MESKIPUN sibuk mengendali syif 12 jam sebagai kakitangan pentadbiran di Hospital Besar Singapura semasa pandemik, Cik Ruhani Salim akan mengetepikan masanya sebagai relawan untuk membantu penduduk yang memerlukan di kejiranan Bukit Panjang.



Pada hari cutinya, ibu tunggal dua anak berusia 61 tahun itu akan bertugas bersama rakan-rakannya dari Kelab Masyarakat (CC) Bukit Panjang untuk mendekati penduduk dengan mengagihkan barang keperluan daripada pelitup muka kepada pensanitasi tangan.



Selain itu beliau juga akan membantu isi rumah yang positif Covid-19, yang tidak mahir menggunakan platform penghantaran dalam talian, seperti golongan warga emas untuk membeli barang keperluan rumah.



Cik Ruhani merupakan antara lebih daripada 370 pemimpin akar umbi, relawan dan rakan masyarakat Bukit Panjang yang diiktiraf sumbangan mereka sepanjang pandemik lalu pada pagi Ahad.



Mereka telah menerima sebuah pingat yang disediakan khas pihak Persatuan Rakyat dan CC itu dan dijemput menjamu selera makan tengah hari beramai-ramai.



Anggota Parlimen (SMC Bukit Panjang), Encik Liang Eng Hwa dalam ucapannya mengatakan bahawa majlis penghargaan itu diadakan bagi mengiktiraf sumbangan mereka yang tidak ternilai dalam menangani pandemik di peringkat masyarakat.



Menurutnya, di Bukit Panjang sejauh ini, para relawan telah mendekati lebih 50,000 penduduk untuk mengagihkan pensanitasi tangan dan pelitup muka. Lebih 4,000 penduduk juga telah menerima pek jagaan barang keperluan dan dirujuk kepada bantuan sosial yang ditawarkan pemerintah.



Pihaknya juga telah memasang lebih 5,500 botol pensanitasi tangan di dalam lif di semua blok serata kawasan Bukit Panjang, serta mendekati seramai 12,566 warga emas untuk menggalakkan mereka mendapatkan vaksinasi, antara lain.



Sewaktu menjalankan kerja sebagai relawan, Cik Ruhani berkata krisis Covid-19 mendedahkan dirinya kepada realiti kesulitan yang dihadapi segolongan penduduk.



Dengan kemahiran yang diraih di tempat kerja dalam memberi layanan terbaik kepada pesakit di hospital, Cik Ruhani yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Bukit Panjang CC berupaya mendekati penduduk untuk mengetahui lebih lanjut tentang masalah yang mereka hadapi.



"Ada daripada mereka yang betul-betul hidup susah dan tidak tahu cara hendak minta bantuan," katanya.



"Jadi, saya cuba pelawa mereka dan membantu mereka merujuk ke pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan bantuan."



Menurut Cik Ruhani, orang ramai harus kekal ambil peduli terhadap satu sama lain meskipun sesudah pandemik.



"Semasa Covid-19, ia mendedahkan pelbagai jurang dan masalah yang dihadapi masyarakat daripada tempat tinggal, isu kewangan dan pekerjaan."



"Dengan pengajaran daripada pandemik ini, saya harap kita lebih bersedia dan mempersiapkan diri terhadap sebarang pandemik atau krisis depan jika ia berlaku," katanya lagi.



Majlis penghargaan itu turut mengundang Professor Leo Yee Sin, Pengarah Eksekutif, Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) untuk mengadakan sesi perbincangan bersama hadirin.



Encik Liang berkata usaha relawan dan akar umbi telah menyumbang kepada kesan yang ketara terhadap kesihatan dan kemaslahatan penduduk.



"Terdapat pelbagai aspek di mana para relawan kami, dengan tidak bersikap berat sebelah, turun ke padang dalam masa yang suntuk untuk menghulurkan bantuan kepada penduduk kami," katanya.



Sambil mengucapkan terima kasih beliau memuji sikap mereka "yang tidak teragak-agak turun padang untuk membantu meski bilangan kes pada ketika itu, tidak menunjukkan tanda semakin reda."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >