Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Relawan Melayu diperlukan bantu 'belajar membaca'

Feb 07, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 90 hingga 95 peratus kanak-kanak yang menghadiri program ReadAble merupakan kanak-kanak Melayu, namun bilangan sukarelawan berbangsa Melayu yang membantu menjalankan program tersebut amat sedikit.



Oleh itu, pengasas bersama ReadAble amat mengalu-alukan lebih ramai sukarelawan Melayu turut serta dalam usaha meningkatkan kemahiran membaca dan mengira kanak-kanak ini.



Ditemui di Kin@11 di Blok 11 York Hill semalam, Cik Michelle Yeo, pengasas bersama program tersebut berkata:



"Kami ada sukarelawan Melayu, malangnya, bilangannya tidak berkadar dengan bilangan kanak-kanak Melayu yang ada.



"Kami amat mengalu-alukan lebih ramai sukarelawan Melayu, saya ingin tekankan itu."



Cik Yeo, 32 tahun, yang merupakan peguam sepenuh masa, telah memulakan ReadAble pada 2014 untuk membantu kanak-kanak yang tinggal di kawasan Jalan Kukoh dengan meningkatkan kemahiran membaca mereka.



Dengan sekitar 50 sukarelawan kini, mereka membimbing 75 kanak-kanak berusia antara tiga dengan 16 tahun setiap minggu dengan mengajar mereka membaca dan mengasah kemahiran mengira mereka.



Salah seorang penduduk di Jalan Kukoh, Cik Aprizen Yuliana, 37 tahun, menghantar kedua-dua anaknya yang berusia lima dan tujuh tahun menghadiri program tersebut.



"Dengan adanya kelas di sini, ia banyak membantu mereka belajar bahasa Inggeris dan belajar tentang komunikasi dengan teman-teman lain," kata beliau.



Malah, anak lelakinya yang baru memasuki Darjah Satu tahun ini pernah mendapat markah penuh dalam ujian ejaan bahasa Inggerisnya, suatu peningkatan daripada sebelum itu di mana kanak-kanak tersebut pernah mendapat hanya dapat mengeja satu perkataan dengan betul daripada 10 perkataan yang diuji.



Mereka yang berminat menjadi sukarelawan dengan ReadAble boleh mengirimkan e-mel kepada team.readable@gmail.com.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >