Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Relawan PA 'turun padang' ke Boon Lay sebar mesej cegah denggi

Jul 03, 2022 | 05:30 AM



SETIAUSAHA Parlimen Kanan (Kemampanan dan Alam Sekitar), Encik Baey Yam Keng, bersama para sukarelawan Persatuan Rakyat (PA), telah mengadakan kunjungan ke estet perumahan di Boon Lay Drive semalam, yang merupakan antara salah satu daripada 300 kluster penyakit denggi di sini.



Dalam lawatan itu, Encik Baey menasihati penduduk agar membuang air bertakung yang berpotensi menjadi habitat pembiakan nyamuk, serta mengambil langkah proaktif untuk mencegah kes denggi di kawasan kejiranan yang kini berada dalam zon merah itu.



Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan atas sokongan mereka dalam meningkatkan kesedaran pencegahan denggi, untuk membendung lonjakan kes denggi disini.



Inisiatif ini juga diikut serta oleh Pasukan Tindakan Kecemasan Masyarakat (Cert) kendalian PA dan Duta Bersih SG dari Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA).



Bagi usaha yang sama lebih 300 Duta Bersih SG dan 5,000 sukarelawan PA telah dikerahkan ke hampir 100 lokasi di seluruh Singapura, bagi mendidik masyarakat tentang cara mencegah dan melindungi diri daripada denggi.



Encik Shepherdson Rene Jr Gerard, Naib Pengerusi Eexco Majlis Kecemasan dan Penglibatan Komuniti PA (C2E) berkata,



"Selama bertahun-tahun, sukarelawan dari organisasi akar umbi PA, bersama-sama sukarelawan Cert, telah melibatkan diri untuk memaklumkan penduduk mengenai langkah pencegahan denggi.



"Dengan peningkatan kes denggi baru-baru ini, kami bimbang tentang kesejahteraan penduduk. Pencegahan denggi memerlukan usaha berterusan dan bersepadu daripada setiap anggota masyarakat. Kami menggalakkan penduduk untuk berwaspada dan menjaga antara satu sama lain."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >