Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Relawan turun padang bungkus hamper buat benefisiari TAA

Projek habuan keperluan asas dianjur WGS, Grab Singapore
taa
Apr 13, 2022 | 05:30 AM



DENGAN lagu Hari Raya berkumandang di bilik studio di Wisma Geylang Serai (WGS), Cik Nur Hafizah Rasali dapat merasa kemeriahan dan keceriaan ketika membungkus hamper bagi benefisiari Tabung Amal Aidilfitri (TAA) semalam.



Projek amal pengedaran makanan FOOD4GOOD itu dianjurkan bersama WGS dan Grab Singapore sempena Ramadan.



Pek hamper Ramadan itu diberi kepada benefisiari TAA Sabtu ini.



Cik Hafizah antara 28 kakitangan dan relawan daripada Grab Singapore, Kurnia@WGS dan WGS yang meluangkan masa semalam untuk membungkus 500 hamper.



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, turut menyertai usaha itu.



Cik Hafizah, 28 tahun, seorang pegawai bersekutu bagi pelibatan dan mengekalkan kakitangan dan rakan kongsi Grab menerajui projek itu bagi Grab.



Beliau juga anggota jawatankuasa projek FOOD4GOOD.



"Saya sentiasa mengalu-alukan kerja sukarela seperti ini. Tugas saya di Grab sering melibatkan memikirkan kerja kebajikan pemandu dan penghantar makanan.



"Selain itu, saya selalu mengambil bahagian dalam inisiatif amal, terutama semasa bulan Ramadan yang penuh barakah ini," ujar beliau kepada Berita Harian.



"Menerusi inisiatif amal sebegini, saya dapat menyumbangkan tenaga, dan matlamat peribadi saya ialah memberi semula kepada masyarakat dan ini adalah satu peluang yang baik," kata Cik Hafizah, yang sudah enam tahun berkhidmat bersama Grab.



Setiap benefisiari TAA akan menerima hamper bernilai $60 yang mengandungi barang keperluan asas seperti beras, mi segera, kacang, bijirin, sardin, minyak masak, biskut kering, susu dan air tin.



Mereka juga akan menerima baucar Grab.



Grab dan Yayasan FairPrice NTUC menyumbang $30,000 bagi Projek FOOD4GOOD itu.



Seorang lagi sukarelawan, Cik Nur Jannah Mustakim daripada Kurnia@WGS, turut berkongsi pengalaman membungkus hamper itu semalam.



Menurut pegawai eksekutif Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) itu, usaha itu dijalankan dari 11 pagi hingga 1.30 tengah hari.



"Ketika melakukan tugas membungkus hamper itu, saya dapat rasakan semangat gotong-royong semua orang yang hadir.



"Sikap membantu ini juga bukan sesuatu yang asing kepada masyarakat kita. Sudah menjadi satu kebiasaan pada setiap Ramadan untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan," ujar Cik Jannah, 26 tahun.



"Saya rasa projek amal seperti ini amat penting kerana ia dapat membantu mengeratkan hubungan antara anggota masyarakat.



"Jika tidak dapat menyumbang dari segi tenaga, orang ramai masih boleh membantu dari segi kewangan.



"Selain itu, kita juga boleh membantu meningkatkan kesedaran dan keprihatinan mengenai projek amal seperti ini dalam media sosial dengan harapan ia mendapat lebih banyak bantuan," tambah Cik Jannah.



Dalam hal ini, Cik Hafizah berkata: "Tidak susah untuk hulurkan bantuan sekarang kerana terdapat banyak projek amal yang memerlukan bantuan dan ia disiarkan dalam media sosial.



"Jika mampu membantu dari segi apa pun, saya pasti mereka akan menghargai setiap bantuan yang diterima."




"Tidak susah untuk hulurkan bantuan sekarang kerana terdapat banyak projek amal yang memerlukan bantuan dan ia disiarkan dalam media sosial.''
- Cik Nur Hafizah Rasali, kakitangan Grab Singapore, yang turut membantu membungkus hampers semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >