Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Relawan veteran bimbing banduan meninggal dunia

Nov 19, 2021 | 05:30 AM



SEORANG sukarelawan masyarakat yang aktif dengan Khidmat Kaunseling Muslim (MCS) dan Masjid Darul Aman, Cikgu Hajah Habibah Haron, meninggal dunia pagi kelmarin selepas mengalami serangan jantung.



Allahyarhamha, yang berumur 75 tahun dan juga merupakan seorang kaunselor, meninggal di Hospital Besar Changi (CGH) selepas mendapatkan rawatan bagi pelbagai masalah kesihatan sejak September lalu.



Beliau antara sukarelawan terdahulu yang mengendalikan kelas kaunseling agama bagi banduan wanita di penjara, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, dalam satu penghargaan terhadap Allahyarhamha melalui Facebook.



Menurut Dr Faishal, Allahyarhamha, yang merupakan anggota jawatankuasa eksekutif (Exco) MCS dan ahli lembaga sukarelawan Masjid Darul Aman, kekal aktif menyumbang tenaga dalam kerja kemasyarakatan meskipun usianya semakin meningkat.



"Beliau memainkan peranan penting dalam membantu membangunkan kurikulum agama untuk MCS pada masa itu.



"Banyak yang telah disumbangnya dalam membimbing pesalah dan bekas pesalah kembali ke pangkal jalan dan secara berasingan mendekati keluarga terdedah dalam masyarakat sebagai seorang rakan.



"Takziah diucapkan kepada keluarga dan rakan-rakan rapat Hajah Habibah.



"Beliau akan sentiasa diingati atas sumbangannya kepada masyarakat dan dirindui oleh semua orang," kata Dr Faishal.



Allahyarhamha Habibah meninggalkan suami, tiga anak dan dua cucu.



Ketika dihubungi anak sulungnya, Cik Nirwati Selamat, memberitahu Berita Harian ibunya seorang yang sangat prihatin dan penyayang.



"Tidak kira di rumah atau di luar, sifatnya itu tetap sama. Beliau bukan mengambil berat bukan tentang keluarga sendiri sahaja, malah mereka yang beliau bantu.



"Apa jua perkara yang dilakukannya, beliau akan lakukannya sepenuh hati.



"Sebagai seorang ibu, beliau sentiasa memberi kami nasihat dan menyokong keputusan yang kami buat dalam kehidupan. Beliau meninggalkan impak sangat besar dalam diri kami.



"Sebagai anak, saya amat bangga dan kagum akan apa yang ibu saya telah kecapi semasa hayatnya dan beliau menjadi teladan sangat baik kepada kami adik-beradik," kata Cik Nirwati.



Jenazah Allahyarhamha dikebumikan di Pusara Abadi selepas zuhur kelmarin.




"Beliau (Allahyarhamha Cikgu Hajah Habibah Haron) memainkan peranan penting dalam membantu membangunkan kurikulum agama untuk MCS pada masa itu. Banyak yang telah disumbangnya dalam membimbing pesalah dan bekas pesalah kembali ke pangkal jalan dan secara berasingan mendekati keluarga terdedah dalam masyarakat sebagai seorang rakan."
- Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >