Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Relawan warga emas sumbang tenaga dan bakat sambil kekal aktif

Aug 14, 2021 | 08:59 PM



KERJA sukarela yang dilakukan oleh warga emas membolehkan kreativiti, tenaga dan bakat mereka terus dimanfaatkan selain memastikan mereka dapat kekal aktif dalam masyarakat.





Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam satu kiriman Facebook pada Jumaat (13 Ogos) mengongsi tentang warga emas yang giat melakukan kerja sukarela, Cik Siti Khatijah.





Suri rumah berusia 61 tahun itu suka berkawan terutama dengan warga emas lain.





"Sama ada menyediakan juadah untuk mereka, atau mengajar mereka menggunakan Facebook atau Instagram, Cik Khatijah sanggup berusaha lebih gigih untuk seseorang yang memerlukan.





"Walaupun kunjungan ke rumah digantung buat sementara waktu semasa tempoh Pemutus Rantaian Jangkitan, beliau terus bertanya khabar tentang mereka melalui panggilan telefon," kata Encik Masagos.





Cik Khatijah adalah pendamping menerusi program relawan seperti Beyond Befriending@Bukit Batok oleh NTUC Health dan Project SHINE oleh Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS), yang disokong oleh Majlis bagi Usia Ketiga (C3A), tambah Encik Masagos.

Agensi-agensi itu menerima $40 juta daripada Dana Relawan Warga Emas, sebuah inisiatif di bawah Pelan Tindakan bagi Penuaan Berjaya Kementerian Kesihatan Singapura.



Dana itu bertujuan mengembangkan kesukarelawanan warga emas di Singapura dan menyokong pertubuhan masyarakat untuk menawarkan program relawan, serta mengambil, melatih dan mengiktirah relawan warga emas, kata Encik Masagos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >