Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja 13 tahun antara 457 disiasat bagi pelbagai kes tipu lebih $11.5j

Mar 30, 2022 | 05:30 AM



SEORANG remaja berusia 13 tahun adalah antara 316 lelaki dan 141 wanita yang ditahan polis kerana disyaki menipu dan menggunakan pihak lain untuk memindahkan wang secara haram.



Mereka dikaitkan dengan lebih 1,500 kes penipuan yang menyaksikan mangsa kerugian lebih $11.5 juta.



Suspek paling tua dalam kalangan 457 orang itu berusia 73 tahun. Mereka sedang disiasat bagi peranan mereka dalam kes penipuan percintaan Internet, penipuan e-dagang, penipuan pancingan data, penipuan menyamar sebagai pegawai China, penipuan pelaburan, penipuan pekerjaan, penipuan sokongan teknikal dan penipuan hutang.



"Suspek disiasat atas dakwaan kesalahan menipu, pengubahan wang haram atau menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa lesen," kata polis.



Polis menambah bahawa pegawai daripada Jabatan Ehwal Komersial (CAD) dan seluruh tujuh divisyen darat polis menjalankan operasi selama dua minggu antara 11 dengan 28 Mac.



Bagi kesalahan menipu, pesalah boleh menerima hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda. Mereka yang melakukan pengubahan wang haram boleh dihukum penjara hingga 10 tahun, atau denda hingga $500,000 atau kededua hukuman.



Polis berkata mereka berpendirian tegas terhadap sesiapa terlibat dalam penipuan, dan pesalah akan ditangani mengikut undang-undang.



"Bagi mengelak menjadi subahat dalam jenayah, orang ramai harus sentiasa menolak permintaan orang lain yang ingin menggunakan akaun bank mereka atau talian telefon kerana mereka akan bertanggungjawab jika ia dikaitkan kepada jenayah," ujar polis.



Bagi maklumat lanjut tentang penipuan, orang awam boleh mengunjungi laman www.scamalert.sg atau menghubungi talian 1800-722-6688.



Sesiapa ada maklumat tentang penipuan boleh menghubungi hotline polis 1800-255-0000 atau mengemukakannya dalam talian di laman www.police.gov.sg/iwitness.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >