Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja 15 tahun antara 92 diberkas dalam serbuan dadah

Apr 09, 2021 | 05:53 PM



SEORANG budak perempuan berusia 15 tahun antara 92 suspek pesalah dadah yang diberkas dalam serbuan di serata negara antara 4 dengan 9 April.


Remaja warga Singapura itu disyaki merupakan penyalahguna dadah.


Operasi oleh pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) itu meliputi kawasan termasuk Ang Mo Kio, Bedok, Jurong dan Punggol, dan berakhir dengan rampasan dadah bernilai sekitar $15,000.


Dadah yang dirampas itu terdiri daripada sekitar 129 gram heroin, 49 gram methamphetamine yang juga dikenali sebagai Ice, 2 gram ganja, 52 gram bahan psikoaktif baru, 1 gram ketamin, 17 tablet ‘Ecstasy’, 30 tablet Erimin-5 dan lapan setem LSD.


Tiga daripada 92 suspek itu ditangkap dekat Ang Mo Kio Avenue 4 pada 4 April dan 5 April, kata CNB pada Jumaat (9 April).


Pegawai menyerbu sebuah unit kediaman berhampiran Ang Mo Kio Avenue 4 pada petang 4 April dan menangkap seorang wanita warga Singapura berusia 50 tahun dan seorang lelaki warga Singapura berusia 49 tahun.


Pegawai turut menemui sekitar 7 gram heroin, 1 gram Ice dan pelbagai peralatan dadah.


Operasi susulan di kawasan yang sama pada keesokan harinya membawa kepada penangkapan seorang wanita warga Singapura berusia 43 tahun dan rampasan sekitar 27 gram heroin, 8 gram Ice dan pelbagai peralatan dadah.


Apabila dia dibawa ke kenderaannya, 75 gram heroin dan pelbagai peralatan dadah ditemui.


Siasatan CNB sedang dijalankan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >