Subuh
5:39
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:14
Isyak
8:30

Remaja akui bohong dijangkiti Covid-19

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

DARI MAHKAMAH

Remaja akui bohong dijangkiti Covid-19

Nov 03, 2021 | 05:30 AM

PEMBOHONGAN seorang remaja lelaki tentang dia dijangkiti Covid-19 dan dimasukkan ke unit jagaan rapi (ICU) telah menyebabkan seorang rakannya yang sedang menjalani perkhidmatan negara (NS) ketika itu dihantar pulang dari Pulau Tekong untuk diasingkan.

Rakan anggota tentera itu juga terpaksa menjalankan kerja pembasmian kuman di bilik tidur mereka dan membuat aturan untuk mengasingkan diri mereka yang pernah berhubung dengannya.

Ia juga telah mengganggu jadual latihan pada hari itu.

Remaja tersebut, Siew Hanlong, 19 tahun, semalam mengaku bersalah atas dua tuduhan menyampaikan mesej palsu di bawah Akta Kesalahan Pelbagai (Ketenteraman dan Gangguan Awam).

Mahkamah diberitahu bahawa dia telah berbohong di media sosial tentang dijangkiti Covid-19 untuk memperdayakan rakannya.

Pada 23 Mei lalu, dia telah memuat naik gambar ujian reaksi rantai polimerase (PCR) positif yang ditemui dari Internet ke akaun Instagram miliknya.

Siew memadamkan pos tersebut 15 minit kemudian.

Sebaik menerima mesej WhatsApp berhubung perkara itu, seorang rakannya berusia 19 tahun, yang sedang menjalani latihan di Pulau Tekong, dan yang ditemuinya sebelum ini, cuba menghubungi Siew untuk mengesahkan kiriman pos itu, tetapi tidak mendapat sebarang jawapan.

Rakannya itu kemudian melaporkan perkara itu kepada pegawai atasan tenteranya bahawa beliau merupakan kenalan rapat kes positif Covid-19, sebelum dihantar pulang ke rumah untuk diasingkan selepas menjalani ujian swab.

Beliau hanya mendapat jawapan daripada Siew setibanya di rumah yang memberitahu bahawa ia merupakan satu gurauan.

Hakim Daerah Kessler Soh memberitahu Siew bahawa dia mungkin menganggap kejadian itu sebagai gurauan tetapi ia mempunyai "akibat yang sangat serius".

Siew akan kembali ke mahkamah untuk dijatuhkan hukuman pada 14 Disember nanti.

Atas kesalahan menyampaikan mesej palsu, Siew boleh didenda sehingga $10,000 dan penjara sehingga tiga tahun.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3